Antara Kau dan Aku....You and I....Is Only LOVE....
Menyintai dan dicintai adalah sumber kekuatan sebuah cinta. Bagi aku, cinta abadi kepada Ilahi dan Rasul-NYa...Seterusnya cinta sesama insan, yang terutama buat suamiku, Ahzari bin Hj Othman, ayahanda dan bonda (Hj Mohamed Yunos Mohamed Taff dan Hjh Nor Hayati Abu Talib), keluarga yang tersayang dan tidak lupa-kucing2 kesayanganku Memito, Junior, Jack and Jill...hehehe...
Tuesday, October 21, 2008
Wednesday, December 12, 2007
Alumni JASKOM '03-'07, UMT
Assalamualaikum semua...
What a nice and an enjoy moments when we are all managed to get together again!!!!! Like during Uni!! hehehe...
Anyway, tak banyak nak dicoretkan di sini...enjoy sgt gathering at De Palma Hotel, Ampang on 8th Dec. 2007 aritu, esp dapat berjumpa kengkawan lama!!! Yelah, org dah kawin cam aku mane leh hang out sgt...hehehhe
Oklah...do enjoy the this 2 photos(lambatla server nih, upload sikit2 dulu)...nak grab pun suke atilah...just don't exploit!!!
Take care!!
Bertudung biar ikhlas
Oleh Farihad Shalla Mahmud(petikan Berita Harian)
![]() Datin Seri Siti Nurhaliza |
Siti Nurhaliza yakin peminat tidak lari
APABILA penyanyi jelita Datin Seri Siti Nurhaliza melahirkan hasrat untuk menunaikan fardu Haji penghujung tahun ini, ramai yang tertanya-tanya apakah Siti sudah bersedia untuk mengenakan tudung.
Malah semakin dekat tarikh pemergian Siti ke Tanah Suci, semakin rancak orang membuat spekulasi apatah lagi apabila ada khabar angin yang membisikkan bahawa Siti sedang tercari-cari imej bertudung yang bersesuaian dengan dirinya itu.
Dan persoalan itulah juga yang diajukan media sebaik saja bertemu isteri kesayangan usahawan popular, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini pada majlis sidang media pelancaran album solo terbarunya berjudul Hadiah Daripada Hati kelmarin, di Hotel Legend Kuala Lumpur.
Bukan sengaja memberi tekanan kepada Siti kerana sama ada mahu bertudung atau tidak, itu adalah pilihannya. Tiada siapa berhak menentukan apa yang patut dan perlu dilakukannya. Namun itulah susah senangnya menjadi seorang Siti Nurhaliza, setiap langkah dan perbuatan, pasti akan menjadi buah mulut orang.
Siti, ketika menjawab isu bertudung mengulangi kenyataannya sebelum ini dengan mengatakan dia sememangnya mempunyai niat ke arah itu namun tidak mahu mengesahkan sama akan tampil dengan imej bertudung sekembalinya nanti dari menunaikan rukun Islam yang kelima itu, akhir Disember ini.
![]() |
| TAHNIAH: Siti menerima anugerah platinum album Transkripsi yang meraih jualan 80,000 unit daripada Pengurus Besar SRC Recrods, Edwin Tan dan Pengerusi Media Prima, Datuk Abdul Mutallib Mohamed Razak. |
“Seandainya Siti mengenakan tudung, biarlah ia datang dari hati Siti sendiri serta kerana Allah dan bukannya tekanan media atau peminat. Mengenai dakwaan peminat akan lari apabila saya mengenakan tudung, saya tidak bersetuju kerana bagi saya, peminat sendiri tahu apa yang terbaik untuk saya,” jelas Siti sambil menjelaskan perkara itu juga tidak akan menyekatnya untuk terus muncul sebagai duta produk kerana sudah memaklumkan perkara itu lebih awal kepada pihak penaja.
Ditanya mengenai reaksi suami kesayangan seandainya Siti tampil dengan imej bertudung, jawab Siti, Khalid tidak menghalang dan sentiasa menyokong apa saja yang dilakukannya
Siti yang akan berangkat ke Makkah esok dengan ditemani suami, ibu dan abangnya serta ahli keluarga lain seramai 20 orang akan berada di sana selama dua minggu.
“Siti sudah lama bersedia dan saya bersyukur kerana impian saya untuk menunaikan ibadat Haji ketika usia sebelum 30 tahun serta berumah tangga dimakbulkan Tuhan. Moga semuanya berjalan lancar,” ujar si pelantun Biarlah Rahsia ini.
![]() |
| JADI TUMPUAN: Siti meluangkan masa menjawab pelbagai soalan wartawan hiburan termasuk isu pakai tudung selepas majlis pelancaran albumnya baru-baru ini di Hotel Legend. |
Ditanya apakah yang akan didoakan Siti di hadapan Kaabah nanti, Siti berkata dia mendambakan kesejahteraan buat dirinya sendiri, suami, keluarga serta keamanan dan rahmat yang melimpah ruah untuk tanah airnya yang tercinta ini.
“Siti juga mengharapkan impian Siti untuk mendapatkan cahaya dimakbulkan Tuhan,” ujarnya sambil mengukir senyuman manis.
Terlanjur berbicara soal zuriat, Siti tidak menafikan pada awalnya dia begitu tertekan apabila memikirkan perkara itu.
“Tapi lama kelamaan, Siti sudah semakin biasa dan tidak terlalu memikirkan sangat. Lagipun, Siti tak mahu perkara itu memberi kesan tidak baik terhadap kesihatan Siti. Orang kata, kalau hendak anak, kita kena gembira. Jadi Siti sekarang kena sentiasa gembira,” katanya yang inginkan cahaya mata perempuan sekiranya diizinkan Tuhan.
Diusik dengan kenyataan bahawa dirinya kini semakin berisi, Siti mengakui perkara itu. Malah, perkara itu sendiri pernah dibangkitkan suaminya.
“Ada juga dia tegur apabila melihat Siti dalam televisyen. Dia kata muka saya makin lebar. Nak buat macam mana, sejak selepas kahwin ini, aktiviti nyanyian Siti semakin berkurangan sebanyak 70 peratus berbanding zaman anak dara dulu. Siti banyak habiskan masa di rumah, berehat, makan mana badan tak naik. Dulu sebelum kahwin, berat badan Siti 55 kilogram dan sekarang ini naik tiga kilogram,” katanya sambil tergelak kecil.
Namun, apa yang lebih membimbangkan penyanyi dari Kuala Lipis, Pahang ini apabila berat badannya semakin bertambah adalah mengenai staminanya yang semakin menurun.
“Ketika merakamkan album ini, tidak dinafikan, Siti mengalami masalah. Ada ketika, Siti terpaksa balik ke rumah, ambil feel dan kemudian kembali ke studio. Inilah perkara yang merisaukan Siti. Tapi alhamdulillah, semuanya selesai seperti yang dirancang,” ceritanya tanpa berselindung.
Hadiah Daripada Siti
SELAMA setahun setengah selepas Transkripsi menjengah, Siti kembali dengan album solo studio ke-12 yang diberi judul, Hadiah Daripada Hati. Album yang diterbitkan ramai komposer terkenal tanah air ini menyaksikan kematangan Siti dari segi nyanyian dan juga penampilan Siti yang ditonjolkannya menerusi sampul kulit album.
“Siti sengaja memilih warna hitam kerana ia nampak lebih elegan, klasik dan misteri. Kalau album dulu, Siti nampak lebih ceria, riang macam kanak-kanak, jadi dalam album ini Siti memang ingin kelihatan lebih serius. Sesuai dengan kematangan Siti,” dedah Siti mengenai rahsia rona hitam yang dipilih sebagai kulit album.
Dilancarkan empat hari sebelum dia berangkat ke Tanah Suci, Siti berkata itu memang rancangannya kerana mahu dia mahu menunaikan rukun Islam kelima itu dengan tenang serta ingin album itu menjadi pengubat kerinduan buat peminat sepanjang ketiadaannya di tanah air.
“Sekembalinya Siti dari Makkah nanti, Siti mungkin akan berehat selama sebulan. Malah, apa saja yang berkaitan dengan kerjaya seperti promosi album itu serta konsert mungkin akan diadakan selepas itu. Jadi buat masa ini, biarlah album itu nanti menjadi penawar rindu buat semua peminat Siti,” ujarnya.
Antara komposer yang menyumbangkan lagu dalam album itu ialah Aubrey Suwito, Audi Mok, Sharon Paul, Greg Henderson, Azlan Abu Hassan dan Jenny Chin.
Mengulas ketiadaan lagu ciptaannya dalam album ini berbanding Transkripsi, Siti berkata dia pernah mencuba namun tidak berhasil.
“Mungkin masa penghasilan album Transkripsi itu, jiwa Siti tengah bergelora maklumlah tengah bercinta. Tapi untuk album ini, puas Siti cuba malangnya idea tak datang. Memandangkan album ini perlu disiapkan cepat, jadi terpaksalah Siti teruskan apa yang ada,” katanya sambil meminta peminat tidak membandingkan album ini dengan yang terdahulu.
Pada majlis penuh bermakna itu Siti turut menerima anugerah platinum atas kejayaan album Transkripsi yang dijual sebanyak 80 ribu salinan.
Monday, November 19, 2007
Bisakah bukan lagu terbaik Siti?
19-11-2007 01:13:45 PM
oleh WAHIDA ASRANI
SATU keputusan yang agak memeranjatkan apabila kemunculan semula Datin Seri Siti Nurhaliza di dalam program Muzik-Muzik nampaknya telah menghampakan peminat-peminatnya apabila penyanyi nombor satu negara itu gagal mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) bagi kategori Balada.
Siti yang kembali beraksi pada pertandingan berprestij ini mempertaruhkan lagu Bisakah ciptaan Aubrey Suwito dan liriknya hasil nukilan Tessh RS pada peringkat separuh akhir kategori tersebut yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi.
![]() |
Lagu Bisakah dikatakan tidak cukup 'kuat' untuk layak ke final AJL22 (foto The Star oleh Kamarul Ariffin) |
Jika ingin dinilai berdasarkan persembahan malam tadi, Siti mungkin mempunyai peluang cerah untuk mara, tetapi ini adalah pertandingan yang memartabatkan lagu-lagu yang terbaik dan hanya 30 peratus saja daripada markah keseluruhan diperuntukkan pada aspek persembahan.
Sememangnya ramai yang berasa hampa apabila Siti gagal ke final dan tidak kurang juga ada juga yang membuat spekulasi bahawa Siti sendiri telah menjangkakan kekalahannya pada malam itu kerana penyanyi tersebut tidak dilihat berada di pentas ketika pengumuman lagu-lagu yang layak dibuat.
Apapun, Siti sebenarnya terpaksa bergegas ke majlis lain sebaik dia selesai membuat persembahan malam tadi.
Mengulas mengenai kegagalan penyanyi tersohor itu ke final AJL22, kata Azhar Borhan, lagu Bisakahstrong berbanding lagu-lagu lain yang terpilih. sememangnya tidak begitu
"Kami menilai lagu-lagu ini dengan mengambil kira aspek kreativiti, keberkesanan dan
![]() |
Dua buah lagu Faizal Tahir terpilih |
"Lagu ini tidak mencapai tahap lagu-lagu Siti yang pernah dipertandingkan di dalam Juara Lagu sebelum ini. Ia tidak begitu 'kuat'," ujar Pengurus Besar Jabatan Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3, Azhar Borhan yang ditemui sejurus selepas program tersebut.
Lima buah lagu yang berjaya menyaksikan dua daripadanya didominasikan oleh bintang baru, Faizal Tahir menerusi lagu Mahakarya Cinta ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Shah Shamshiri dan Kasih Tercipta, ciptaan Ajai dan lirik oleh Shuhaimi Baba yang merupakan lagu tema filem Waris Jari Hantu.
Turut layak ke peringkat akhir bagi kategori ini adalah lagu Harapan, nyanyian Fazli Zainal, ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Hazami dan Izinkan Ku Pergi ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Sulu Sarawak yang dipersembahkan oleh Sahri, menggantikan penyanyi asalnya, Kaer.
Jaclyn Victor dan Lah Ahmad (menggantikan Rio Febrian) yang membawakan lagu Ceritera Cinta, ciptaan Ross Ariffin dan lirik oleh Habsah Hassan turut membawa tuah apabila layak ke AJL22 kelak.
Lagu-lagu lain turut dipertandingkan pada malam itu ialah Andainya ciptaan Hadi Hassan dendangkan Nieyl, Hilang ciptaan Audi Mok dan lirik ditulis oleh Bash, dipersembahkan oleh Diddy, Paluan Rindu Mu nyanyian Idayu dan ciptaan oleh M.Nasir dan lirik oleh Keon serta Sejuta Nafas Cinta ciptaan Hazami dan lirik oleh Loloq, yang dinyanyikan oleh Fazli Zainal.

Jaclyn Victor dan Lah Ahmad (menggantikan Rio Febrian) yang membawakan lagu Ceritera Cinta, ciptaan Ross Ariffin dan lirik oleh Habsah Hassan turut membawa tuah apabila layak ke AJL22 kelak
Kesemua lagu tersebut telah diadili oleh barisan juri yang terdiri daripada penulis lirik Amran Omar, komposer Iman Wan, Khairil Johary Johar, Edry KRU, Pengarang Hiburan Harian Metro Adam Salleh dan Azhar Borhan.
Apapun, kegagalan Siti pada kategori Balada ini bagaimana pun mungkin boleh ditebus semula andai kata lagu Destinasi Cinta ciptaan Lin Li Zen dan lirik oleh PSSN yang akan berentap pada peringkat separuh akhir kategori Pop Rock minggu hadapan menerima nasib yang berbeza!
Dalam pada itu, peringkat separuh akhir Balada malam tadi sememangnya menyaksikan saingan lagu yang cukup sengit.
Lima buah lagu yang layak itu mempunyai keistimewaan tersendiri dan Faizal Tahir dilihat cukup bertuah apabila kedua-dua buah lagu yang dipertandingkan mara ke final, walaupun jangkaan ramai pada mulanya meramalkan Faizal mampu menempah tempat ke peringkat akhir untuk salah sebuah lagunya sahaja.
Fazli Zainal yang juga mempertaruhkan dua buah lagu ciptaan Hazami malam tadi berjaya dengan salah satu daripadanya.

Izinkan Ku Pergi ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Sulu Sarawak yang dipersembahkan oleh Sahri, menggantikan penyanyi asalnya, Kaer juga mara ke peringkat akhir AJL
Begitu juga dengan penyanyi 'gantian' Sahri dan Lah Ahmad yang berjaya ke AJL22 atas tiket kekuatan lagu yang dipersembahkan. Atau mungkin juga dua penyanyi ini akan 'menyerahkan' semula lagu tersebut kepada penyanyi asal pada peringkat akhir nanti?
"Ia bergantung kepada pencipta lagu dan penyanyi itu sendiri. Kita tidak pernah meletakkan syarat bahawa penyanyi 'ganti' ini perlu teruskan pada final nanti.
"Sama ada Kaer akan kembali menyanyikan lagunya di peringkat akhir nanti dan Rio Febrian akan sertai Jac kelak, itu terpulang kepada mereka sendiri untuk berbincang," kata Azhar.
Komen finalis:
Faizal Tahir
"Antara dua buah lagu saya yang dipertandingkan, saya tidak terfikir langsung lagu mana antara dua itu mempunyai potensi untuk layak ke final kerana kedua-dua lagu tersebut memang mendapat sambutan ramai.
"Bila kedua-duanya terpilih ke final, ia memang satu keputusan di luar jangkaan saya. Memang satu cabaran yang besar untuk saya kerana dua buah lagu ini memang mempunyai tahap kesukarannya yang tersendiri. Saya kena betul-betul fokus."
Jac:
"Semua lagu yang bertanding amat hebat dan saya hanya cuba lakukan yang terbaik. Sama ada saya akan terus mengambil Lah untuk gantikan Rio, semua itu saya belum fikirkan lagi.
"Rio tidak dapat turut serta malam ini kerana komitmen kerja. Tetapi, apapun, saya tiada masalah untuk terus bekerjasama dengan Lah di final. Lagipun, saya tidak pernah buat persembahan bersama dengan Rio pun sebelum ini walaupun itu adalah lagu duet kami.
"Kemungkinan besar, saya akan teruskan dengan Lah."
Sahri:
"Berat sebenarnya bawakan lagu orang kerana pastinya ramai yang sudah terbiasa dengar versi yang dinyanyikan oleh penyanyi asal. Saya akan berbincang dengan Azlan dan Kaer, jika mereka mahukan Kaer menyanyi pada final nanti, saya terima saja.
"Begitu juga sebaliknya. Saya terima apa saja keputusan yang dibuat nanti. Yang bertanding adalah lagu, kami hanya menyampaikan saja."
Fazli Zainal:
"Malam ini saya bawakan dua buah lagu daripada pencipta yang sama. Seperti mana Faizal, saya juga tidak menekankan mana-mana lagu tersebut dapat ke final. Terpilih salah satu pun sudah cukup bernasib baik."
Friday, November 16, 2007
Doa seorang isteri untuk suami yang dikasihi..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada
terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus
bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan
membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala
perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di
Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan
segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di
DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya
Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah
dan ragamnya
Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku
harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang
melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan
keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena
Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan
ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
Tuesday, June 12, 2007
Hari Ulangtahun ku ke-23
Alhamdulillah...semalam, 11 Jun 2007 adalah merupakan Hari Ulangtahun Kelahiranku yg ke-23tahun...
Syukur kehadrat Yg Maha Esa atas segala nikmatnya padaku sepanjang tahun lepas hingga kini...Alhamdulillah, segala2 perancangan pada tahun lepas terlaksana dgn baik... Thn ni memang tahun yg amat bermakna pada aku sebab tahun ini adalah tahun pertama aku menyambut hari lahir dgn insan yg tersayang-suamiku, Ahzari bin Hj. Othman... Thank you soo much...
And to all frenzzzz yang mengingati dan memberi ucapan Happy B'day, thank u soooooooooo much for remembering me... Walau dah lama juga tak berjumpa, namun kalian semua tetap terpahat di minda...Aku takkan luper korang semua...
Okla... Thanks alot... and pls takecare!!
Selamat Bertunang !!!
Assalamualaikum semua pengunjung 'pondok buruk' aku ni...
Terima kasih yg teramat kasih sebab ada juga yg sudi menjengah aku di sini...Walaupun tiada kabar berita sekian lama...Tapi mulai kali ni, aku akan sentiasa berkunjung ker blog aku ni, and aku akan sentiasa mengirimkan berita terkini ttg apa2 saja berkaitan diriku atau sesiapa saja yg aku terpikir nak tulis lah...hahahah... ikut suke I la, blog I kan???
Anyway, aku nak mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan tahniah kepada kengkawan2 ku yg telah selamat bertunang (so far takde lagi yg dah berkahwin baru2 ni, kecuali Ecah(STFian)). So, kepada semua yg telah bertunang, selamat bertunang dan aku doakan kalian semua kekal bahagia bersama pasangan masing2... Kawin nnt jangan tak jemput aku...hehhehe...
Monday, April 09, 2007
Aduhai Istana Usangku...
Assalamualaikum......
Fuh....lama giler aku tak update blog aku nih...Kesian....
Last issue aku still lagi about perkahwinan Datuk Siti dan Datuk K.. hahahahha....
Sampaikan sekrang ni aku pun siap dah berubah status 4 bulan yang lalu...hahahahha...
Minta maafla sapa2 yg sudi datang ke blog aku dgn harapan ada posting baru, tapi hampa...Aku minta maaf banyak2..
Actually, sejak lepas abis U, aku memang jarang online...Lepas aku grad bulan 8 aritu, aku then dpt keje kat tempat keje aku sekarang ni... Kat sini, aku actually takleh access internet sesuka ati...Very2 restricted, so aku takutla nak bukak internet nih...Kene tangkap naya jer... So, aku terus putus connection... Nak pi CC pun payah, maklumla, masuk keje awal lepas subuh, abis keje plak dah malam...Tak sempat aku nak p CC lagi dah...
Then, bila dah kawin ni...lagi la plak...heheheh...
Okla...aku takde benda nak cite sebenarnya...So, kepada kengkawan yang mengirimkan kad, hadiah perkahwinan aku, aku ucapkan jutaan terima kasih.... Walaupun agak sedih sebab korang tak datang, aku minta korang doakan kebahagian aku dan suami semoga berpanjangan ke akhir hayat...ya?
Aku memang nak post gambar kawin aku, tapi, memandangkan kat sini ni public, aku tak blehla post gambar aku kat sini...Kat friendster tu aku baru upload semalam...Itupun aku just dapat bagi 1 jer...yang lain2 tu kene edit - takleh sesuka hati jer letak kat situ... Hm, dah jadi isteri ni, kenelah lebih bertanggungjawab sikit... Zaman anak dara dulu tu, takpe jugak...aku main tibai jer...heheheh.... Apapun, minta maaf, aku just post gambar aku jer kat friendster sebab suami aku ni pemalu...heheheheh...
Okla...till here...
Later2 aku post lagi berita baru....hahahhaa...
Wasssalammmmmmmmmmm.........
Wednesday, August 16, 2006
KUSTEM'S GRADUATION DAY!!!
Uhuh.... Pada 12hb Ogos 2006, aku buat pertama kalinya mendapat ijazah pertamaku, Bc. of Information Techology (Software Engineering)....Yahoo!!! Bestnye, rasa macam nak naik jer pentas tu lagi...Dapatlah berjumpa dengan Tuanku Sultan Mizan dan Sultanah yang cantik jelita....hehehe...
Tapi sayangnye, aku tak sempat lagi mengupload gambar2 konvo aku, so aku buat report dululah....
Nway, buat kengkawan sume...Tahniah!! Tahniah!!!!





