Pages

Cara Atasi Selsema dan Batuk Bayi Bawah Dua Tahun

Adalah amat merunsingkan, apabila bayi kita menghidap sama ada batuk, selsema ataupun keduanya sekali. Dan adalah lebih parah jika sekali dengan demam. Pada usia bayi yang masih kecil, perhatian yang lebih adalah amat penting untuk kesihatan bayi.

Di sini saya akan kongsikan dengan anda semua petua selsema bayi ini agar sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan selsema bayi anda.
Menurut U.S Food And Drugs Administration (US FDA), ubat-ubatan tidak harus diberikan kepada bayi berusia 2 tahun ke bawah. Ubat-ubatan hanya merawat simptom sakit tetapi tidak merawat punca penyakit.

Bayi yang selsema dan batuk biasanya sedikit sukar bernafas kerana hidung mereka dipenuhi lendir hingus. Oleh itu adalah berbahaya apabila diberikan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor mahupun dibeli di farmasi kerana mengandungi antihisamine(kesan mengantuk). Apabila bayi yang selsema diberikan ubat-ubatan yang mengandungi antihisamine, bayi selsema akan tidur lebih lama dan ini lebih membahayakan bayi tersebut kerana, apabila tidur, kadar pernafasan bayi selsema akan bertambah kurang dan menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya menyebabkan jantung bayi selsema berhenti dan bayi berisiko meninggal dunia.

Walau bagaimanapun,ada beberapa petua yang boleh diambil untuk mengurangkan selsema dan batuk bayi. Ibu-ibu bolehla mencuba petua berikut:-

Petua Selsema dan Batuk Bayi
1. Sapukan batang hidung bayi dengan sedikit ibu kunyit yang telah disagat pada tepi lesung.
    Lakukan sekerap mungkin
2. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan
    menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas-
    ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi
    sedang tidur. Lakukan sekerap mungkin.
3. Elakkan sebarang makanan yang berminyak buat sementara waktu kepada bayi selsema
4. Sediakan sup ayam
5. Sapukan Vikcs Baby Balsam di bahagian dada, belakang dada dan hidungnya jika tidak
    suka guna daun kaduk
6. Sapukan minyak telon selepas mandi dibahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi
    selsema selepas mandi
7. Elak basahkan kepala bayi sewaktu mandi sekiranya bayi selsema
8. Pemakaian topi dapat elakkan ubun-ubun bayi sejuk dan menyebabkan bayi selsema.

Petua Bayi Demam
1. Letakkan tuala kecil yang telah direndam dalam air asam jawa atau bunga raya di dahi, .     
    celah ketiak dan juga pelipat kakinya. Kerap basahkan kembali tuala tersebut.
2. Boleh guna Cool Fever pada dahi
3. Pantau suhu bayi selsema dengan menggunakan termometer. Termometer yang disukat
    pada celah ketiak adalah kedua jitu selepas termometer telinga

Sebagai tambahan, beberapa suplemen Shaklee juga boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang menyusukan anak. Antaranya;


How to make orders:-
✉ Email: umneymeen@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3328987

5 comments:

  1. petua bagus info berguna. .tq
    http://metrobestmom.blogspot.com

    ReplyDelete