Pages

INDAHNYA BERCUTI: Jom Cuba Tips Percutian Keluarga Ini!


Semua orang sukakan percutian tidak kira walau hanya duduk di rumah. Jauh daripada hiruk pikuk dan permasalahan tempat kerja tentunya sesuatu yang amat dinanti-nantikan. Tambahan musim cuti sekolah yang telah sebulan berlalu, ibu bapa sibuk membawa anak-anak bercuti dalam dan negara.
Satu perkara perlu diingat, persediaan sebelum sesuatu percutian supaya percutian anda benar-benar bermakna.
Keghairahan untuk bercuti mesti dikawal sebaik mungkin dan kesihatan juga perlu dijaga. Sekiranya kita merancang untuk bercuti panjang, Mari ikuti beberapa tip asas ini untuk membantu anda mengekalkan kecerdasan dan kesihatan. Jika sepanjang cuti  berlalu, badan tidak berapa sihat, kan tak seronok?
1-      Jaga tidur anda. Orang dewasa memerlukan 7 ke 9 jam setiap malam untuk mendapat kecerdasan keesokan hari. Sebelum tidur, fikirkanlah sesuatu yang positif dan menyenangkan. Anda akan terlelap dan tidur dengan nyenyak.
2-      Amalkan pemakanan yang seimbang. Kurangkan pengambilan  makanan yang mengandungi gula yang berlebihan. 
3-      Aktiviti terbaik untuk mengekalkan kecerdasan adalah dengan melakukan senaman seperti berjalan, berbasikal, berjogging, berenang sudah cukup untuk membantu kita mengekalkan kesihatan mental dan fizikal. Jangan lupa, bawa suplemen suplemen penting seperti Multivitamin sebagai peneman.
4-      Makan secara perlahan sambil menikmati keenakkannya
5-      Jangan ambil alkohol/merokok. Muslim mestilah tidak kan?
6-      Bawa ubatan anda. Saya? Tentunya suplemen daripada Shaklee iaitu B Complex dan Vitalea!
7-      Persediaan vaksin atau ubat pencegahan sekiranya destinasi percutian anda berisiko. Buat sedikit kajian tentang destinasi percutian anda.
8-      Rancang perjalanan - perbelanjaan, tempat-tempat utuk dilawati, nombor-nomber penting untuk dihubungi.
9- Maklumkan pada keluarga tentang percutiaan anda supaya mereka tahu tentang kepergian anda di samping membantu menjaga kediaman anda.

Bagi yang membawa anak kecil:-
1. Pastikan pakaian yang dibawa mencukupi. Tidak perlu lebih kerana anda pasti akan membeli pakaian baru di tempat yang dilawati nanti. Jadi jangan beratkan bagasi anda!
2. Susu dan makanan mencukupi untuk si manja anda. Saya kurang gemar anak-anak makan makanan luar terutama percutian luar negara. Tidak mengapa untuk makan di hotel walau sedikit mahal memandangkan kebersihan makanan luar yang tidak berbaloi jika kelak anak menjadi mangsa.
3. Pastikan first aid kit asas seperti ubat kuning atau minyak gamat ada bersama dalam bag galas anda. 
4. Wet tissue is always a must for me. Saya menitik beratkan kebersihan anak terutama di bawah 3 tahun. Tambahan, mudah untuk membersihkan apa-apa yang perlu.
5. Beli air mineral siap-siap apabila mendarat supaya anak anda tidak kekurangan air dan mudah untuk penyediaan susu jika perlu.

Selamat mencuba beberapa tip yang dikongsikan. Moga boleh menjadi panduan untuk anda apabila bercuti panjang.

Happy Holidays!