Pages

CEO Cafe: Kopi Arabica Sihat


  1. Ia dihasilkan daripada biji kopi yang bergred tinggi dan dicampur bersama cendawan Ganoderma, rasa pahit Lingzhi dengan kopi untuk menghasilkan rasa yang sangat istimewa
  2. Krimer yang digunakan didalam formulanya adalah krimer bukan-tenusu & berlemak rendah, yang diekstrak daripada kelapa dan tidak mengandungi asid trans-fat.
  3. Tidak mengandungi pewangi dan pengawet . 
  4. Rasanya enak dan ia berbau harum kopi asli.
  5. Terdapat dalam versi bergula dan juga yang tanpa gula.
  6. Ianya HALALdan pastinya baik untuk seisi keluarga

Kebaikan & kelebihan :-

  • -Membantu melawaskan masalah pembuangan air besar
  • -Mengatasi masalah sembelit
  • -Membantu penghadaman
  • -Melancarkan pengaliran darah
  • -Meransang sistem saraf
  • -Membantu masalah migrain
  • -Meningkatkan daya focus
  • -Menguatkan daya ingatan
  • -Mengurangkan depresi / murung
  • -Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer
  • -Baik utk kesihatan jantung
  • -Membuat kita alert
  • -Bertindak sebagai anti oksidan

Cerita Cuti Rehat Atas Katil: Pedarahan semasa Hamil...

Assalamualaikum...
Entri kali ni memang dah tertunda last few days memandangkan kesihatan kurang mengizinkan... Ada apa dengan pendarahan? Saya ke? 
Ya, saya baru sahaja melalui situasi sukar dan cemas itu kira-kira seminggu yang lepas. Hanya Allah yang tahu perasaan saya. Suami pun terkedu dan banyak kali mohon maaf pada saya... Kasihan saya tengok suami... 
Anak-anak terabai sekejap memandangkan mamanya masuk hospital. Bukan sehari, bukan 2 hari... Seminggu duk tercatuk kat KPJ Selangor Medical Specialist, Shah Alam... 

Hm... kenapa masuk KPJ? Memang, company tak cover, insurans pun tak cover.. all own poket money.. Okey meh saya cite sikit why saya masuk KPJ instead of GH. Saya dengan Doc Siti, O&G KPJ ni dah lama. Since anak pertama, Safii dan Thaqeef, anak kedua saya, memang saya duk KPJ je lah bersalin. Alasannya, suami mahukan doktor perempuan. Dengan pengalaman Dr Siti, saya yakin. Jadi sebab itu pregnant kali ni saya refer Dr yang sama eventhough company takde cover pregnant2 ni... Pada suami, selagi mampu, teruskanlah dengan Dr Siti as medical history all in her hands... 

Okey, memandangkan bleeding yang banyak.. Oh kejap, saya cite sikit macam mana boleh bleeding - baby menendang2 dalam perut ni ha, diapun excited nak cite experience dia gamaknya :-)
Sekarang ni saya dalam proses pindah rumah. Rumah kami sekrang ni untuk di sewa. Memandangkan macam-macam benda belum settle, saya pun terkedek-kedek follow suami since cuti Deepavali tu saya ambil extra 1 day leave. Cuti panjang, langkahpun panjang! 
Dengan urus anak-anak, walaupun ada bibik, saya dengan suami jenis tak lepas tangan kalau kami ada. Kami gunakan masa yang ada untuk spend time dan uruskan keperluan mereka. 

So, hari cuti Deepavali tu, saya satu family ni, pergilah mengorak langkah ke Ikea. Kalau tak sebab nak beli sebuah sink tu, tak de makne kami ni nak ke sana. Nak-nak cuti umum, gerenti ramai orang. So, pendek cite, kamipun pegila.. Orang sangat ramai, nak cari barangpun agak susah sambil nak kene monitor the kids. Puas jalan2, dapat sink sudah. Tapi sebab tak biasa system Ikea ni (setahun adalah sekali kot kami datang Ikea ni), maka sink tak ambil, kene naik atas balik Saya dan anak-anak tunggula kat bawah, suami pergi ambil. Dalam 2 jam jugak, saya dengan anak2 pun dah letih tunggu. Rupanya, dia sangkut nampak lampu pulak... Saya yang letih ni ha, sebab tadi terpaksa berlari nak kejarkan toiley, si kecik nak pee-pee... OMG, taktau nak kata apa...

Pas settle kat Ikea(pendek cite), kami makan pulak di Jibby&Co, Empire Subang. Mak buyong yang belum buyong sangat ni mengidam... Alio Oglio dia OMG memang sodap! 
Jadi, seharian aktiviti, memang letih teramat. Sampai rumah dah malam, urus anak-anak to bed. 
Esoknya, pagi-pagi kami ke Tesco, beli barang. Masa nilah bermula episod perut saya cramp. Saya ingat biasa-biasa.

Sampai rumah, saya nak ke dapur. Plan asal nak continue keluar lagi untuk cari barang. Tapi, masa kat dapur, saya sensed something flow out macam mensus. OMG, saya tak lengah, terus selak seluar, alamak darahlah!

Getus hati saya, terus saya jalan kengkang panggil suami. Bibik tengah kemas barang-barang belanja dapur. Call KPJ, nurse Dr Siti suh datang segera.

Di KPJ Selangor
Naikla wheelchair, orang pandang-pandang je.. hehe, malu rasa. Tunggu luar bilik Dr Siti, emergency masuk. Okay, doctor check2, seluk bawah tu... 'Amni, banyak darah ni, kene admit now'. Adoila, nak nangis rasa. Dr explained pada saya and suami, possibilities of miscarriages kalau womb tu nak begitu, memang takde cara. In the meantime, kene bedrest dulu. Sementara tunggu husband uruskan admission, saya dipush ke ward dulu. Masa tu je, terasa darah keep on keluar. Ya Allah, saya doa je sepanjang masa, takut sangat-sangat.

Oh ya, apa tu bedrest? 
Ringkasnya: Bed rest is a common practice during pregnancy to alleviate certain pregnancy complications. (refer link untuk maklumat lanjut)

Pendek cite, in the past 3 days, saya memang baring je, kecing semua atas katil. Dahla, asyik nak kencing je rasa. Psychology la tu sbb tak boleh ke toilet sendiri. Masa tu, nak solat pun baring je. Saya buat jamak qasar masa tu sbb payah nak ke toilet. Tawakal Allah terima solat saya masa tu. Hati keep on zikir. Masuk hari ke-4, bleeding dah mula berhenti. Dr bagi saya bangun sikit-sikit, ke toilet bila nak qada' hajat.. hehe...

After 3 days monitoring with minor activities, bleeding no more baru dr bagi balik. Seminggu jugaklah duk hospital. Alhamdulillah syukur... Sekarang ni saya tengah MC bedrest at home lagi... 

Home Bed Rest
Balik rumah, alhamdulillah, ada maid boleh tengok2kan anak2.. Kesian the kids, ter'abandoned' untuk beberapa hari. Hubby pun lari2, kejap EL... Thanks alot dear for helping me out and always being there at most times...
Syahdu pulak rasa..
At home, I was on bed rest for alomost a month... Fuh, memang dengar macam best sbb dpt cuti kan? tapi sebenarnya, taklah sesedap namanya.. You've to limit your movements, banyak baring.. Nak ke toilet pun eerie. Kenapa? Sbb takut bleeding lagi..
Lebih kurang macam dalam pantang. Makanan semua maid hantar naik atas. Hubby memang tak bagi turun naik. Nk duk bawah tak de bilik. Kenalah duk atas diam2. 
Anak2lah paling happy sbb mak dia ada kat rumah.

Rasanya tak perlulah cerita panjang what I did during 'bedrest' period tu kan? Basically, totally limit movements dan banyakkan baring...baring...baring... Yang penting, kaki mesti naikkan atas bantal. Ada orang panggil as tinggikan punggung.

Saya lebih suka nak share tentang apa yang saya pelajari sepanjang tempoh ni:-

1.     Even though dah masuk 5x pregnant, 2 kali success delivery – never ever ingat dah kuat. Kena PANTANG for the 1st 28weeks at least. Kata Dr Siti (my fav gynea), minggu awal2 ni memang janin tak kuat lagi.
2.       Saya belajar muhasabah diri – terlalu sibuk sangat dengan hal2 lain hingga lupa nak rest dan bagi masa untuk diri. Peluang berehat saya gunakan untuk banyakkan membaca Al-Quran dan berzikir. Cakap banyak-banyak dengan baby. Perasaan bercampur baur sebab terlalu takut ‘kehilangan’.
3.       Allah Maha Mendengar – walaupun diri ini banyak kekurangan, lalai pada suruhan-Nya.. Tapi tidak sekali2 Dia tinggalkan diri ini. Jadi, banyakkan sujud padaNya. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini L L

Sekian untuk entri kali ini. Moga ketemu lain di lain masa…

Take care…


Tips Menjadi Isteri Solehah

Alhamdulillah, genap sudah 8 tahun usia perkahwinan saya dan suami, dengan dikurniakan 2 cahaya mata
yang sangat comel dan menyenangkan.. Sepanjang usia perkahwinan ini, kami dah lalui perkara-perkara yang mengujakan, mencabar dan segalanya bercampur. Penambahbaikan sentiasa kami ikhtiarkan untuk menjadikan kehidupan kami lebih baik dari sehari ke sehari..

Berikut antara tips menjadi isteri solehah. Saya sendiri masih jauh ketinggalan TAPI tiada istilah terlewat. Mulaka pada hari ini dan istiqamah. Insya ALLAH, hubungan akan sentiasa diredhai Allah dan beroleh keberkatan-Nya...

Jom kita mula!

Ø  Apabila berbual bercakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring atas ribaan. Biasanya buat selepas solat, lepas tu usap kepala pasangan. 
Ø  Cuba masak apa yang pasangan suka. Walaupun mungkin tak sedap, tapi tak salah kalau kita sentiasa mencuba kan?
Ø  Temankan pasangan apabila dia melakukan kerja bersendirian pada waktu malam
Ø  Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.
Ø  Mengemas tempat tidur umpama baru kahwin. Buat suasana yang sentiasa romantik
Ø  Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat dan orang yang ditemui
Ø  Bila pasangan tak sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan umpama baru kahwin.
Ø  Beri tindak balas positif bila dengar pasangan bercerita atau membuat lawak.
Ø  Salam/peluk/cium pasangan sebelum pasangan mula bertugas. Hantar ke muka pintu dengan wajah yang ceria dan comel gitu. Senyum.
Ø  Jangan lokek mengucapkan terima kasih setiap kali pasangan membantu kita.
Ø  Mohon maaf segera andai terasa kita melukakan hatinya dan segera memaafkan jika si dia terlupa akan sesuatu untuk anda.
Ø  Ucapkan kata-kata rindu dan cinta setiap hati. Kalau boleh, puji pasangan sebaiknya.
Ø  Doakan pasangan bahagia di dunia dan akhirat. [tanpa pengetahuannya]
Ø  Cuba penuhi permintaan pasangan sebaiknya dengan perasaan ikhlas. 
Ø  Elakkan membebel yang berpanjangan kerana biasanya lelaki enggan mendengar bebelan yang mengarut. Harus diingat, bebel dan nasihat tidak sama.
Ø  Bila berselisih faham, elakkan mengungkit perkara lalu, cuba fokus pada masalah itu sahaja.
Ø  Percaya pada pasangan, jangan cemburu tidak bertempat.
Ø  Sentiasa berhias untuk suami, kekalkan kecomelan di mata suami hatta ketika berbantang sekalipun!
Ø  Didik anak dengan baik dan penuh kasih sayang dan terapkan didikan agama kepada mereka.
Ø  Pastikan rumah sentiasa bersih agar suami tenang bila berada didalamnya. Jadikan rumah sebagai syurga dunia buat suami.

InsyaALLAH, ini sebahagian tips yang boleh Niera cuba kongsikan. Selamat Pengantin Baru buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga dan semoga kalian semua sentiasa bahagia dan didalam lambayung kasihNYA. Ameen.



2015: Wadup Folks!

Assalamualaikum...

Ya Allah almost a month dah 2015 ni... Too busy dengan urusan kerja, keluarga, baby dalam perut ni, anak nak sekolah darjah 1 dan macam2 lagi...

Memang tak menang tangan nak 'hapdet' blog usang ku ini...

Business Shaklee, masih berjalan seperti biasa. Mudah je Shaklee ni, u jadi member, u nak meniaga ke tak ke takde issue... Ikut keselesaan.. Ada mood nak buat, buat. Kalau agak2 malas tu, takyahla buat..

Ok, apa khabar semua?? Cam lagu Joe Flizzow dah pulak. Mentang2 baru menang AJL baru2 ni.. haha... Too many things to share, tapi basically entry hari ni is to share my resolution (hopefully tak terlambatla kan nak capture). Sebab musababnya, azam ni dahpun ada. Ada yang memang yearly, ada yang baru dan ada yang continuity to previous years.
Kenapa ada nak continue pulak? Yelahkan, bukan semua perkara boleh settle in a year. Contoh, nak membeli rumah. Takkan setahun punya resolution, kenelah ambil masa bermula dari saving. Itu contohla....

K, now saya nak share my resolution for this year only:-
1. Urusan Safii masuk darjah 1

  • Monitor progress Safii setiap hari
  • Menyediakan pemakanan yang sihat untuk Safii sepanjang tahun
  • Tuition at Cambridge - to boost her confidence in English as a whole


2. My new baby

  • Expected end March, moga Allah mudahkan segala urusan
  • Penyediaan keperluan bayi dari sebelum lahirPenyediaan pantang - I guna Tanamera this time
  • Plan insurans PruMyChild- alhamdulillah this one completed
  • Penyimpanan stemcell - ini kepercayaan saya dan keyakinan saya. Jakim pun dah maklumkan   hukumnya harus, jadi buat tak salah dan tak buat pun boleh.


3. My dear boy- Ahmad

  • Hantar this boy to art class on weekends- masih tercari2 lagi tempat yang sesuai

4. Landscape Project

  • Wohoo... this one is so exciting!
  • Dah signup dgn Maxly Landscape masa HomeDec Shah Alam. Harga sama macam biasa but ada additional stuffs yang biasanya kene bayar lebih. Kira jimatla...
  • Kene tengok once done, baru boleh comment. So, nantikan entry seterusnya ya!
5. Langsaikan segala hutang2 yang ada

6. Overseas trip in September onwards

DETOX: Kepentingan Pembuang TOKSIN daripada Tubuh

Detox atau detoksifikasi merupakan suatu proses pembersihan tubuh dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sadarai telah masuk dan mengendap di dalam tubuh kita dalam jangka waktu yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu organ hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox secara semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Sayur paling penting untuk proses detox :
Celery, Kobis ungu, Brokoli, salad, tomato, lobak

Buah paling penting untuk proses detox :
Epal hijau, nenas, pear, dan lemon/oren.

Makanan yang berwarna yang baik untuk organ dalaman :
Merah : Jantung dan usus kecil
Putih : Paru-paru dan usus besar,
Hijau : Hati, buah hempedu.
Kuning : Pankreas,perut (gastrik)
Hitam : Buah pinggang dan pundi kencing.

Tempoh masa detox?
Diet detox ini boleh dilakukan 2 hingga 3 hari berturut-turut. Bagi yang berminat untuk melakukan diet detox ini yang paling penting adalah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran (dan semestinya 2 bahan ini banyak fitokimia dan vitamin C). Kemudian anda perlu perbanyakkan makanan dari produk bijiran seperti fosforus dan laksatif. Anda juga harus kerap memakan kobis, brokoli dan sayur -sayuran yang banyak unsur sulfur (baik untuk detox hati tau!). Dan semua makanan ini perlu dimakan semasa diet detox.
Seperti yang kita tahu memang sukar sangat nak mengelak makanan yang mengujakan semasa bulan perayaan ni. Kalau tak makan, tuan rumah kecil hati pulak. Tetapi sebaiknya anda kurangkan kuantiti pengambilan gula, karbohidrat dan juga kafein.

DETOKS DENGAN SHAKLEE

ALFAFA COMPLEX, DTX COMPLEX dan GARLIC . 

Alfafa Complex 
Mencuci hati, darah dan usus
Melegakan keletihan
Makanan beralkali untuk mengembalikan kenormalan badan yang berasid
Menyingkirkan lemak dan kolestrol (kandungan serat yang tinggi untuk menyerap kolestrol)
 Melawan tumor (alkali yang tiggi dapat memperbaiki sel kanser dan membuang tumor)
 Membaiki masalah penghadaman (kembung, ulser perut, gastrik, hepatitis dan sembelit)
Melawan alahan (kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan, bisul) dengan berkesan
Merawat dan mencegah sakit sendi dan tulang
Memulihkan masalah keputihan 

DTX Complex 
Menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi hati yang sihat
Mempertingkatkan cici-ciri aliran hempedu.
Membekalkan Antioksidan yang menyahtoksikkan hati
Melindungi dan meransang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat

Garlic
Membantu penghadaman
Mencuci usus dan perut
Merawat sakit atau masalah gastrik, batuk
Melegakan tekak, batuk dan sendawa
Membantu melegakan angin dalam badan
Mempunyai sifat anti-bakteria

 Nota:
Tidak sesuai untuk wanita mengandung atau menyusu.
Bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, sila dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan 


Remedies And Techniques: How to Remove Fish Bone Stuck In Throat?

While eating fish try to make sure that you do not swallow the bones. Getting a bone stuck in the throat is very a common problem faced by many fish lovers. 

Having a fish bone stuck in your throat can be very painful, not to mention uncomfortable. The best thing to do in such a situation is consult a doctor without any delay. However, regular fish eaters who happen to get the bones stuck in their throat generally decide to just wait till the bone gets dislodged on its own. There are others who prefer to get rid of the fishbone in the throat, using different other techniques like home remedies.



How to get rid of fishbone in throat? 

In case you happen to get a fish bone stuck in your throat, the first thing you should do is cough heavily as the movement of your throat may dislodge the bone. If that does not work, you can try a few other methods for removing the fish bone:

  • Add a pinch of salt to a glass of water and take large sips. If the fish bone is small, the water will dislodge it and drag it down to your stomach.
  • Fill your mouth with as many marshmallows as you can, but make sure that you can chew them easily. Marshmallows normally have a thick and spongy texture and they become sticky, when you chew on them. Chew the marshmallows just a bit, so that they are sticky and can be swallowed without choking. Swallowing the big, sticky lump of marshmallows should take the fish bone down. Once the marshmallow clears your esophagus, check if the bone is still stuck in your throat. If necessary, you can repeat this exercise with another mouthful of marshmallows. Drink big gulps of water between each time you swallow.
  • Apply a thick layer of peanut butter to a large piece of bread and chew on it. Swallow the bread while it is still a bit sticky. Instead of peanut butter on bread, you can also chew on a mouthful of nuts like peanuts, almonds, walnuts and pecans before swallowing them. Even after being well-chewed, these nuts remain coarse in texture and their roughness may loosen the fishbone. Wash all the nuts down your throat with big sips of water before trying again.
  • Boil a few olives in a glass of cool water and drink the juice slowly, while it is still hot. This remedy usually softens the bone and causes it to slide down the throat within a couple of minutes. Alternately, try to drink a few sips of warm olive oil, as it will have a soothing effect on the minor cuts in your throat, caused by the fish bone.
  • Take some sticky rice that you can easily gulp down without chewing. Fill your mouth with a large ball of this rice and swallow it. As the rice slides down your esophagus, it should take the bone with it.
  • Bite off a large piece of banana and just hold it in your mouth for a minute or two, so that it gets moistened. Swallow the entire chunk, without chewing it at all. You may need to have a large drink of water to swallow the banana more easily.
Regardless of which home remedy you try to use, do remember that getting rid of a fishbone stuck in the throat is not an easy task. Before trying any of these remedies, it is essential that you determine the exact location in which the bone is lodged. Never stick any object down your throat to get rid of the bone. 

After the bone has been removed, the pain and discomfort should disappear. However, it is important to check for any internal bleeding and injuries. It is therefore best for you to consult a doctor as soon as you feel a fish bone lodged in your throat. 

Kenali Najis Anda: Penentu Permasalahan Kesihatan

Jenis-Jenis Najis!

Rutin membuang air besar hampir setiap hari. Malah ada yang buang air besar hampir 2-3kali sehari. Itulah hakikatnya, semua orang malu membicarakan soal tahi.

Tahukah anda, tahi anda jenis apa?
Berdasarkan “Bristol Stool Chart”, “Meyers Scale” atau bahasa melayu“Skala Tahi Bristol”. Tahi boleh dikelaskan kepada 7 jenis. Skala ini telah dinamakan “Skala Tahi Bristol” kerana skala ini telah diperkenalkan oleh Lewis S.J. dan Heaton K.W di University of Bristol, UK.

Jenis 1: Berbentuk biji-biji, agak keras seperti ketulan batu.
Jenis 2: Berbentuk seperti sosej, tetapi berketak-ketak.
Jenis 3: Juga berbentuk seperti sosej, tetapi macam merekah sedikit.
Jenis 4: Berbentuk seperti ular, agak licin, halus dan lembut. Just Nice.
Jenis 5: Bergumpal-gumpal, lembut dengan potongan hujungnya jelas.
Jenis 6: Yang ni dia macam cirit sikit, likat, gabungan cecair dan pepejal.
Jenis 7: Sangat cair, tiada pepejal.

Najis jenis 1 dan 2
Sekiranya anda mempunyai tahi seperti ini, itu maksudnya anda sedang mengalami sembelit. Kalau dapat tahi sebegini, memang susah sedikit nak ‘meneran’ sebab tahi itu dah menjedi keras. Selalunya situasi ni terjadi kalau seseorang tu malas untuk berak setiap hari. Semakin lama tahi berada dalam usus besar, semakin banyak air daripadanya yang akan diserap, maka semakin keraslah ia.

Najis jenis 3 dan 4
Seperti juga berat badan, tahi juga ada kategori yang ideal  iaitu normal, dan kategori ideal untuk tahi ini jatuh pada jenis yang ke-3 dan ke-4. Selalunya tahi sebegini dihasilkan kalau seseorang itu rajin ke tandas setiap hari.

Najis jenis 5,6 dan 7
Bagaimana pula dengan jenis 5 hingga 7? Kalau pernah mengalami yang ke-5, itu mungkin disebabkan angin atau gas yang terlalu banyak dalam usus, atau anda telah mengambil sesuatu yang boleh menyebabkan anda cirit birit seperti susu berlaktosa. Namun untuk kategori 6 hingga 7, anda kena berhati-hati sedikit kerana itu mungkin membawa maksud ‘diarrhea‘ iaitu masuk ke tandas dan cirit lebih daripada 3 kali sehari. Ingat, diarrhea yang berterusan boleh membawa maut!
Diet juga sangat mempengaruhi rupa tahi yang dihasilkan. Jangan sesekali mengabaikan sayur dan buah-buahan. Itu merupakan sumber serat nombor satu yang harus diambil secara berterusan selagi kita masih bernafas. Dan jangan malas untuk buang air besar!
.................
Terdapat juga kondisi dimana terjadinya sembelit seperti najis jenis 1 dan 2,apabila tahi ditahan, ia akan kembali ke usus yang mana tahi tersebut boleh diserap kembali airnya menjadikan tahi sangat padat. kemudian jika pembuangan tahi tidak dilakukan dalam tempoh masa yang lama maka, ia akan semakin mengeras dan waktu inilah sembelit terjadi.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kondisi seperti saya iaitu cirit-birit.Apabila ada infeksi bakteria di usus maka secara refleks usus akan mempercepat perjalanan tahi sehingga penyerapan air sedikit oleh usus besar atau kerana masukan air yang berlebihan, makanan tercampur dengan sejumlah besar air. Oleh kerana itu makanan yang dicerna terdiri dari cairan sebelum mencapai usus besar.Usus besar menyerap air, meninggalkan material yang lain sebagai kotoran yang setengah padat. Apabila usus besar rosak atau terkena radang,penyerapan tidak terjadi dan hasilnya adalah kotoran yang berair. Akibatnya, tahi menjadi lebih cair sehingga perut terasa memulas berterusan.

Pemantauan tahi adalah penting. Orang kata kita sihat apabila tahi kita sihat.Jika kita buang air besar hari-hari maknanya sistem pencernaan kita bagus. Jika kita buang air besar selang beberapa hari atau lebih teruk seminggu sekali,pergi jumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan pemantauan kesihatan.

Warna Najis kita pula;
Jika warnanya cerah macam kuih maruku, itu tanda tahi kawan-kawan sihat.
Jika tahi kawan-kawan bewarna gelap macam dodol, itu tandanya tahi kawan-kawan tidak sihat.
Jika tahi kawan-kawan berwarna kelabu, mungkin kawan-kawan ada masalah organ dalaman.
Kalau warna tahi hijau atau warna hitam kemerah merahan, mungkin usus kawan-kawan ada barah atau pendarahan.
Tanda lain tahi yang sihat adalah, tahi kawan-kawan tenggelam macam keropok lekor rebus yang belum masak. Tapi jika tahi kawan-kawan timbul dalam air macam keropok lekor nipis yang digoreng dalam kuali besar yang banyak minyak, itu tandanya tahi kawan-kawan ada masalah 'celiac disease',mungkinlah. Cuba kawan-kawan  kurangkan makanan dalam tin atau makanan segera.
Tapi ada juga perbezaan pendapat dikalangan doktor yang mengatakan, Tahi tenggelam itu tidak bagus kerana ada banyak toksik dan tahi yang terapung pula yang bagus hurmmnn...mungkin doktor betul tak?
tapi ada kesimpulan yang diberi, jika tahi timbul tiada bau, itu bagus dan jika tahi timbul tapi busuk dari biasa macam tahi, itu tidak bagus.

Najis sihat datang dari badan dan cara hidup yang sihat,jaga pemakanan dan jagalah kesihatan anda.

Cadangan kami di Natural Living, amalkan pengambilan Alfalfa kerana Alfalfa boleh membantu masalah pembuangan air besar serta menjadikan usus lebih sihat...

wallahuallam

INDAHNYA BERCUTI: Jom Cuba Tips Percutian Keluarga Ini!


Semua orang sukakan percutian tidak kira walau hanya duduk di rumah. Jauh daripada hiruk pikuk dan permasalahan tempat kerja tentunya sesuatu yang amat dinanti-nantikan. Tambahan musim cuti sekolah yang telah sebulan berlalu, ibu bapa sibuk membawa anak-anak bercuti dalam dan negara.
Satu perkara perlu diingat, persediaan sebelum sesuatu percutian supaya percutian anda benar-benar bermakna.
Keghairahan untuk bercuti mesti dikawal sebaik mungkin dan kesihatan juga perlu dijaga. Sekiranya kita merancang untuk bercuti panjang, Mari ikuti beberapa tip asas ini untuk membantu anda mengekalkan kecerdasan dan kesihatan. Jika sepanjang cuti  berlalu, badan tidak berapa sihat, kan tak seronok?
1-      Jaga tidur anda. Orang dewasa memerlukan 7 ke 9 jam setiap malam untuk mendapat kecerdasan keesokan hari. Sebelum tidur, fikirkanlah sesuatu yang positif dan menyenangkan. Anda akan terlelap dan tidur dengan nyenyak.
2-      Amalkan pemakanan yang seimbang. Kurangkan pengambilan  makanan yang mengandungi gula yang berlebihan. 
3-      Aktiviti terbaik untuk mengekalkan kecerdasan adalah dengan melakukan senaman seperti berjalan, berbasikal, berjogging, berenang sudah cukup untuk membantu kita mengekalkan kesihatan mental dan fizikal. Jangan lupa, bawa suplemen suplemen penting seperti Multivitamin sebagai peneman.
4-      Makan secara perlahan sambil menikmati keenakkannya
5-      Jangan ambil alkohol/merokok. Muslim mestilah tidak kan?
6-      Bawa ubatan anda. Saya? Tentunya suplemen daripada Shaklee iaitu B Complex dan Vitalea!
7-      Persediaan vaksin atau ubat pencegahan sekiranya destinasi percutian anda berisiko. Buat sedikit kajian tentang destinasi percutian anda.
8-      Rancang perjalanan - perbelanjaan, tempat-tempat utuk dilawati, nombor-nomber penting untuk dihubungi.
9- Maklumkan pada keluarga tentang percutiaan anda supaya mereka tahu tentang kepergian anda di samping membantu menjaga kediaman anda.

Bagi yang membawa anak kecil:-
1. Pastikan pakaian yang dibawa mencukupi. Tidak perlu lebih kerana anda pasti akan membeli pakaian baru di tempat yang dilawati nanti. Jadi jangan beratkan bagasi anda!
2. Susu dan makanan mencukupi untuk si manja anda. Saya kurang gemar anak-anak makan makanan luar terutama percutian luar negara. Tidak mengapa untuk makan di hotel walau sedikit mahal memandangkan kebersihan makanan luar yang tidak berbaloi jika kelak anak menjadi mangsa.
3. Pastikan first aid kit asas seperti ubat kuning atau minyak gamat ada bersama dalam bag galas anda. 
4. Wet tissue is always a must for me. Saya menitik beratkan kebersihan anak terutama di bawah 3 tahun. Tambahan, mudah untuk membersihkan apa-apa yang perlu.
5. Beli air mineral siap-siap apabila mendarat supaya anak anda tidak kekurangan air dan mudah untuk penyediaan susu jika perlu.

Selamat mencuba beberapa tip yang dikongsikan. Moga boleh menjadi panduan untuk anda apabila bercuti panjang.

Happy Holidays!


Mata Berkedip-kedip atau Myokymia: Fakta atau Mitos?

Mata saya ni asyiklah nak berkedip-kedip.. Selalu gak jadi. Dan banyak jugak dengar sebab mata kita ni berkedip-kedip. 

Kata orang-orang tua, :


kalau yang bergerak tu kelopak mata kanan, ada saudara sebelah ayah yang meninggal , kalau sebelah kiri , ada saudara sebelah mak pula yang meninggal” dan “kalau mata kanan yang bergerak, nak tengok orang atau nak jumpa orang jauh”. Ada juga yang kata “nak dapat berita baik”. Kalau kelopak mata kiri yang bergerak, katanya “ada berita kurang baik yang akan didengar dan akan menangis”.

Terpulanglah sama ada nak percaya atau tak. Tapi, sebenarnya mata berkedip ni pun sejenis penyakit. Cuma tak lah  merbahaya sangat. Saya pernah hadiri satu kursus tahun lepas. Penceramah tu kata, kalau mata kita ni selalu berkedip, maknanya mata kita ni letih.. dan cuba lah pejam seketika dan buka semula. Ulang beberapa kali.. Untuk merehatkan mata la.. Kadang-kadang kita ni asyik mengadap komputer kan.. 


Ini hasil yang saya temui bila tanya Mak Cik Google :


"Nama saintifik untuk penyakit mata bergerak ini ialah "myokymia". Berdasarkan kata-kata pakar masalah ini adalah akibat pergerakan otot di bahagian kelopak mata atas dan kadang-kadang di bahagian kelopak mata bawah bawah . Mata bergerak-gerak ini berkait rapat dengan stress, fatigue, kurang tidur dan overdose minum kopi. Anxiety/depression juga boleh mengakibatkan kepada masalah mata bergerak-gerak ini. Kerisauan yang terlalu tinggi dalam diri kita juga turut menyumbang kepada masalah ini. Faktor personaliti juga turut menyumbang kepada masalah ini"

Myokymia dalam bahasa Inggeris
Myokymia is the spontaneous, fine fascicular contractions of muscle without muscular atrophy or weakness. Eyelid myokymia is typically unilateral and involves the orbicularis oculi muscle of one of the lower eyelids; occasionally, one of the upper eyelids can be affected. The main symptom of myokymia is uncontrolled twitching or movement of a muscle. When this occurs in the eyelid it is known as eyelid myokymia. Eyelid myokymia can last for a period of days or weeks and in rare cases months. It can appear and disappear quickly. The bottom eyelid is affected more commonly than the top eyelid.

p/s : Pernah tak jadi macam ni?.. dan ada kena mengena tak dengan apa yang orang-orang tua cakap?. Cuba share sikit :)

FAKTA GIGI YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU!!!!


Mungkin ramai yang terkeliru dengan maksud rawatan pencucian gigi. Ada yang ingat jika gigi mereka kuning, selepas dicuci gigi akan menjadi putih. Sebenarnya tidak. Rawatan pencucian gigi adalah bertujuan untuk membuang karang-karang gigi, plak-plak yang melekat pada permukaan gigi dan juga boleh membuang stain (tanda kotor) pada gigi disebabkan rokok, teh, kopi, milo dan sebagainya. Gigi yang semulajadinya sudah kuning tidak boleh diputihkan dengan cara ini. Kekerapan rawatan pencucian gigi ini bergantung pada individu, ada yang perlu membuatnya setiap bulan (selalunya org yang kuat merokok sehingga banyak stain pada gigi), 3 bulan sekali ( mereka yang mempunyai masalah tulang dan gusi ), 6 bulan sekali ( kebiasaan orang) dan juga setahun sekali ( mereka yang pandai menjaga gigi dan gigi bebas dari masalah).




Ada yang berpendapat yang pencucian gigi dengan kerap akan menyebabkan gigi menjadi terhakis atau nipis. Sebenarnya tanggapan ini tidak tepat. Mata pencuci gigi itu tidaklah tajam. Ianya membuang karang gigi dengan cara getaran. Jadi selalunya semasa mencuci gigi itu gigi akan terasa ngilu ( banyak air yang dikeluarkan oleh mata pencuci ) dan kerana getaran pada permukaan gigi terutamanya kepada permukaan akar gigi yang telah terdedah akibat penurunan gusi. Jika gigi anda sihat, gusi sihat, maka proses pembersihan gigi tidaklah sakit. Kebanyakkan karang gigi suka berkumpul di leher gigi dan juga di celah gusi, jadi semasa proses pembuangan itu anda akan berasa tidak selesa kerana hujung mata pencuci gigi itu terasa seperti menyucuk gusi anda. Sekiranya anda kerap datang untuk mencuci gigi, maka karang gigi akan kurang terbentuk dan tidak susah untuk membuangnya, jadi proses pencucian gigi akan menjadi selesa.



Kebanyakkan orang takut untuk membuat rawatan pencucian gigi ini kerana meraka takut sakit.Sekiranya anda tidak tahan ngilu, anda boleh meminta agar doktor membius atau pun menyapu ubat utk menghilangkan rasa ngilu ( tetapi tak semua klinik ada ubat sapu utk menghilangkan rasa ngilu). Jika tidak mahu dicucuk atau ubat sapu, anda boleh meminta agak doktor itu berhenti sekiranya anda tidak tahan, jangan diam sahaja kerana doktor tidak akan berhenti jika pesakit tidak menyuruhnya berhenti.

Penyakit Gigi
Cara Yang Betul Untuk Menggosok Gigi



Anda juga tidak perlu takut sekiranya gusi anda berdarah2 dan 
nampak seperti luka selepas pencucian gigi. Anda juga akan berasa satu kelainan sekiranya anda sentuh permukaan belakang gigi dengan lidah, kadang kala terasa seperti berlubang2. Semua ini adalah normal. Karang gigi akan menyebabkan gusi senang berdarah. Sebab itu semasa menberus gigi, gusi anda berdarah dan kalau gusi yang sudah dijangiti kuman dengan teruk, gusi akan berdarah walaupun tidak disentuh. Penyakit ini dipanggil gingivitis. Ia boleh diubati dengan cara pemberusan gigi dengan betul dan juga rawatan pencucian gigi. Semasa banyak karang melekat pada bahagian belakang gigi bawah, anda akan terasa licin sahaja di kawasan itu. Sebab itulah bila karang sudah dibuang, anda akan merasa keluk2 gigi dan terasa seperti gigi berlubang. Jadi janganlah takut ye..semua itu normal sahaja. Kadangkala gigi akan terasa lebih bergoyang lagi selepas pencucian. BUkan disebabkan doktor itu atau mata pencuci tetapi sebab karang gigi yang terlampau banyak di belakang gigi menyebabkan ia kurang bergoyang. BIla susah dibersihkan terasa lebih bergoyang pula gigi2 tersebut. 



Dengan pencucian gigi yang kerap ( selalunya 6 bulan sekali) , pembersihan gigi yang betul di rumah, insyaallah gigi anda akan bebas dari masalah dan tahan sampai bila2. Di harap anda tidak takut untuk datang ke klinik untuk mencuci gigi selepas ini.