Alhamdulillah, genap
sudah 8 tahun usia perkahwinan saya dan suami, dengan dikurniakan 2 cahaya mata
yang sangat comel dan
menyenangkan.. Sepanjang usia perkahwinan ini, kami dah lalui perkara-perkara
yang mengujakan, mencabar dan segalanya bercampur. Penambahbaikan sentiasa kami
ikhtiarkan untuk menjadikan kehidupan kami lebih baik dari sehari ke sehari..
Berikut antara tips
menjadi isteri solehah. Saya sendiri masih jauh ketinggalan TAPI tiada istilah
terlewat. Mulaka pada hari ini dan istiqamah. Insya ALLAH, hubungan akan
sentiasa diredhai Allah dan beroleh keberkatan-Nya...
Jom kita mula!
Ø Apabila berbual bercakap atau
berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk
rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan
anda berbaring atas ribaan. Biasanya buat selepas solat, lepas tu usap kepala pasangan.
Ø Cuba masak apa yang pasangan suka.
Walaupun mungkin tak sedap, tapi tak salah kalau kita sentiasa mencuba kan?
Ø Temankan pasangan apabila dia
melakukan kerja bersendirian pada waktu malam
Ø Tolong bawa barang walaupun suami kita
mampu membawa semua.
Ø Mengemas tempat tidur umpama baru
kahwin. Buat suasana yang sentiasa romantik
Ø Tunjukkan minat mengenai perkara yang
dilakukan pasangan, kerja yang dibuat dan orang yang ditemui
Ø Bila pasangan tak sihat, beri
perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan umpama baru kahwin.
Ø Beri tindak balas positif bila dengar
pasangan bercerita atau membuat lawak.
Ø Salam/peluk/cium pasangan sebelum
pasangan mula bertugas. Hantar ke muka pintu dengan wajah yang ceria dan comel
gitu. Senyum.
Ø Jangan lokek mengucapkan terima kasih
setiap kali pasangan membantu kita.
Ø Mohon maaf segera andai terasa kita
melukakan hatinya dan segera memaafkan jika si dia terlupa akan sesuatu untuk
anda.
Ø Ucapkan kata-kata rindu dan cinta
setiap hati. Kalau boleh, puji pasangan sebaiknya.
Ø Doakan pasangan bahagia di dunia dan
akhirat. [tanpa pengetahuannya]
Ø Cuba penuhi permintaan pasangan
sebaiknya dengan perasaan ikhlas.
Ø Elakkan membebel yang berpanjangan
kerana biasanya lelaki enggan mendengar bebelan yang mengarut. Harus diingat,
bebel dan nasihat tidak sama.
Ø Bila berselisih faham, elakkan
mengungkit perkara lalu, cuba fokus pada masalah itu sahaja.
Ø Percaya pada pasangan, jangan cemburu
tidak bertempat.
Ø Sentiasa berhias untuk suami, kekalkan
kecomelan di mata suami hatta ketika berbantang sekalipun!
Ø Didik anak dengan baik dan penuh kasih
sayang dan terapkan didikan agama kepada mereka.
Ø Pastikan rumah sentiasa bersih agar
suami tenang bila berada didalamnya. Jadikan rumah sebagai syurga dunia buat
suami.
InsyaALLAH, ini sebahagian tips yang boleh Niera cuba
kongsikan. Selamat Pengantin Baru buat mereka yang bakal mendirikan rumah
tangga dan semoga kalian semua sentiasa bahagia dan didalam lambayung kasihNYA.
Ameen.