Pages

Showing posts with label My World. Show all posts
Showing posts with label My World. Show all posts

Cerita Cuti Rehat Atas Katil: Pedarahan semasa Hamil...

Assalamualaikum...
Entri kali ni memang dah tertunda last few days memandangkan kesihatan kurang mengizinkan... Ada apa dengan pendarahan? Saya ke? 
Ya, saya baru sahaja melalui situasi sukar dan cemas itu kira-kira seminggu yang lepas. Hanya Allah yang tahu perasaan saya. Suami pun terkedu dan banyak kali mohon maaf pada saya... Kasihan saya tengok suami... 
Anak-anak terabai sekejap memandangkan mamanya masuk hospital. Bukan sehari, bukan 2 hari... Seminggu duk tercatuk kat KPJ Selangor Medical Specialist, Shah Alam... 

Hm... kenapa masuk KPJ? Memang, company tak cover, insurans pun tak cover.. all own poket money.. Okey meh saya cite sikit why saya masuk KPJ instead of GH. Saya dengan Doc Siti, O&G KPJ ni dah lama. Since anak pertama, Safii dan Thaqeef, anak kedua saya, memang saya duk KPJ je lah bersalin. Alasannya, suami mahukan doktor perempuan. Dengan pengalaman Dr Siti, saya yakin. Jadi sebab itu pregnant kali ni saya refer Dr yang sama eventhough company takde cover pregnant2 ni... Pada suami, selagi mampu, teruskanlah dengan Dr Siti as medical history all in her hands... 

Okey, memandangkan bleeding yang banyak.. Oh kejap, saya cite sikit macam mana boleh bleeding - baby menendang2 dalam perut ni ha, diapun excited nak cite experience dia gamaknya :-)
Sekarang ni saya dalam proses pindah rumah. Rumah kami sekrang ni untuk di sewa. Memandangkan macam-macam benda belum settle, saya pun terkedek-kedek follow suami since cuti Deepavali tu saya ambil extra 1 day leave. Cuti panjang, langkahpun panjang! 
Dengan urus anak-anak, walaupun ada bibik, saya dengan suami jenis tak lepas tangan kalau kami ada. Kami gunakan masa yang ada untuk spend time dan uruskan keperluan mereka. 

So, hari cuti Deepavali tu, saya satu family ni, pergilah mengorak langkah ke Ikea. Kalau tak sebab nak beli sebuah sink tu, tak de makne kami ni nak ke sana. Nak-nak cuti umum, gerenti ramai orang. So, pendek cite, kamipun pegila.. Orang sangat ramai, nak cari barangpun agak susah sambil nak kene monitor the kids. Puas jalan2, dapat sink sudah. Tapi sebab tak biasa system Ikea ni (setahun adalah sekali kot kami datang Ikea ni), maka sink tak ambil, kene naik atas balik Saya dan anak-anak tunggula kat bawah, suami pergi ambil. Dalam 2 jam jugak, saya dengan anak2 pun dah letih tunggu. Rupanya, dia sangkut nampak lampu pulak... Saya yang letih ni ha, sebab tadi terpaksa berlari nak kejarkan toiley, si kecik nak pee-pee... OMG, taktau nak kata apa...

Pas settle kat Ikea(pendek cite), kami makan pulak di Jibby&Co, Empire Subang. Mak buyong yang belum buyong sangat ni mengidam... Alio Oglio dia OMG memang sodap! 
Jadi, seharian aktiviti, memang letih teramat. Sampai rumah dah malam, urus anak-anak to bed. 
Esoknya, pagi-pagi kami ke Tesco, beli barang. Masa nilah bermula episod perut saya cramp. Saya ingat biasa-biasa.

Sampai rumah, saya nak ke dapur. Plan asal nak continue keluar lagi untuk cari barang. Tapi, masa kat dapur, saya sensed something flow out macam mensus. OMG, saya tak lengah, terus selak seluar, alamak darahlah!

Getus hati saya, terus saya jalan kengkang panggil suami. Bibik tengah kemas barang-barang belanja dapur. Call KPJ, nurse Dr Siti suh datang segera.

Di KPJ Selangor
Naikla wheelchair, orang pandang-pandang je.. hehe, malu rasa. Tunggu luar bilik Dr Siti, emergency masuk. Okay, doctor check2, seluk bawah tu... 'Amni, banyak darah ni, kene admit now'. Adoila, nak nangis rasa. Dr explained pada saya and suami, possibilities of miscarriages kalau womb tu nak begitu, memang takde cara. In the meantime, kene bedrest dulu. Sementara tunggu husband uruskan admission, saya dipush ke ward dulu. Masa tu je, terasa darah keep on keluar. Ya Allah, saya doa je sepanjang masa, takut sangat-sangat.

Oh ya, apa tu bedrest? 
Ringkasnya: Bed rest is a common practice during pregnancy to alleviate certain pregnancy complications. (refer link untuk maklumat lanjut)

Pendek cite, in the past 3 days, saya memang baring je, kecing semua atas katil. Dahla, asyik nak kencing je rasa. Psychology la tu sbb tak boleh ke toilet sendiri. Masa tu, nak solat pun baring je. Saya buat jamak qasar masa tu sbb payah nak ke toilet. Tawakal Allah terima solat saya masa tu. Hati keep on zikir. Masuk hari ke-4, bleeding dah mula berhenti. Dr bagi saya bangun sikit-sikit, ke toilet bila nak qada' hajat.. hehe...

After 3 days monitoring with minor activities, bleeding no more baru dr bagi balik. Seminggu jugaklah duk hospital. Alhamdulillah syukur... Sekarang ni saya tengah MC bedrest at home lagi... 

Home Bed Rest
Balik rumah, alhamdulillah, ada maid boleh tengok2kan anak2.. Kesian the kids, ter'abandoned' untuk beberapa hari. Hubby pun lari2, kejap EL... Thanks alot dear for helping me out and always being there at most times...
Syahdu pulak rasa..
At home, I was on bed rest for alomost a month... Fuh, memang dengar macam best sbb dpt cuti kan? tapi sebenarnya, taklah sesedap namanya.. You've to limit your movements, banyak baring.. Nak ke toilet pun eerie. Kenapa? Sbb takut bleeding lagi..
Lebih kurang macam dalam pantang. Makanan semua maid hantar naik atas. Hubby memang tak bagi turun naik. Nk duk bawah tak de bilik. Kenalah duk atas diam2. 
Anak2lah paling happy sbb mak dia ada kat rumah.

Rasanya tak perlulah cerita panjang what I did during 'bedrest' period tu kan? Basically, totally limit movements dan banyakkan baring...baring...baring... Yang penting, kaki mesti naikkan atas bantal. Ada orang panggil as tinggikan punggung.

Saya lebih suka nak share tentang apa yang saya pelajari sepanjang tempoh ni:-

1.     Even though dah masuk 5x pregnant, 2 kali success delivery – never ever ingat dah kuat. Kena PANTANG for the 1st 28weeks at least. Kata Dr Siti (my fav gynea), minggu awal2 ni memang janin tak kuat lagi.
2.       Saya belajar muhasabah diri – terlalu sibuk sangat dengan hal2 lain hingga lupa nak rest dan bagi masa untuk diri. Peluang berehat saya gunakan untuk banyakkan membaca Al-Quran dan berzikir. Cakap banyak-banyak dengan baby. Perasaan bercampur baur sebab terlalu takut ‘kehilangan’.
3.       Allah Maha Mendengar – walaupun diri ini banyak kekurangan, lalai pada suruhan-Nya.. Tapi tidak sekali2 Dia tinggalkan diri ini. Jadi, banyakkan sujud padaNya. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini L L

Sekian untuk entri kali ini. Moga ketemu lain di lain masa…

Take care…


Tips Menjadi Isteri Solehah

Alhamdulillah, genap sudah 8 tahun usia perkahwinan saya dan suami, dengan dikurniakan 2 cahaya mata
yang sangat comel dan menyenangkan.. Sepanjang usia perkahwinan ini, kami dah lalui perkara-perkara yang mengujakan, mencabar dan segalanya bercampur. Penambahbaikan sentiasa kami ikhtiarkan untuk menjadikan kehidupan kami lebih baik dari sehari ke sehari..

Berikut antara tips menjadi isteri solehah. Saya sendiri masih jauh ketinggalan TAPI tiada istilah terlewat. Mulaka pada hari ini dan istiqamah. Insya ALLAH, hubungan akan sentiasa diredhai Allah dan beroleh keberkatan-Nya...

Jom kita mula!

Ø  Apabila berbual bercakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring atas ribaan. Biasanya buat selepas solat, lepas tu usap kepala pasangan. 
Ø  Cuba masak apa yang pasangan suka. Walaupun mungkin tak sedap, tapi tak salah kalau kita sentiasa mencuba kan?
Ø  Temankan pasangan apabila dia melakukan kerja bersendirian pada waktu malam
Ø  Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.
Ø  Mengemas tempat tidur umpama baru kahwin. Buat suasana yang sentiasa romantik
Ø  Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat dan orang yang ditemui
Ø  Bila pasangan tak sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan umpama baru kahwin.
Ø  Beri tindak balas positif bila dengar pasangan bercerita atau membuat lawak.
Ø  Salam/peluk/cium pasangan sebelum pasangan mula bertugas. Hantar ke muka pintu dengan wajah yang ceria dan comel gitu. Senyum.
Ø  Jangan lokek mengucapkan terima kasih setiap kali pasangan membantu kita.
Ø  Mohon maaf segera andai terasa kita melukakan hatinya dan segera memaafkan jika si dia terlupa akan sesuatu untuk anda.
Ø  Ucapkan kata-kata rindu dan cinta setiap hati. Kalau boleh, puji pasangan sebaiknya.
Ø  Doakan pasangan bahagia di dunia dan akhirat. [tanpa pengetahuannya]
Ø  Cuba penuhi permintaan pasangan sebaiknya dengan perasaan ikhlas. 
Ø  Elakkan membebel yang berpanjangan kerana biasanya lelaki enggan mendengar bebelan yang mengarut. Harus diingat, bebel dan nasihat tidak sama.
Ø  Bila berselisih faham, elakkan mengungkit perkara lalu, cuba fokus pada masalah itu sahaja.
Ø  Percaya pada pasangan, jangan cemburu tidak bertempat.
Ø  Sentiasa berhias untuk suami, kekalkan kecomelan di mata suami hatta ketika berbantang sekalipun!
Ø  Didik anak dengan baik dan penuh kasih sayang dan terapkan didikan agama kepada mereka.
Ø  Pastikan rumah sentiasa bersih agar suami tenang bila berada didalamnya. Jadikan rumah sebagai syurga dunia buat suami.

InsyaALLAH, ini sebahagian tips yang boleh Niera cuba kongsikan. Selamat Pengantin Baru buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga dan semoga kalian semua sentiasa bahagia dan didalam lambayung kasihNYA. Ameen.



2015: Wadup Folks!

Assalamualaikum...

Ya Allah almost a month dah 2015 ni... Too busy dengan urusan kerja, keluarga, baby dalam perut ni, anak nak sekolah darjah 1 dan macam2 lagi...

Memang tak menang tangan nak 'hapdet' blog usang ku ini...

Business Shaklee, masih berjalan seperti biasa. Mudah je Shaklee ni, u jadi member, u nak meniaga ke tak ke takde issue... Ikut keselesaan.. Ada mood nak buat, buat. Kalau agak2 malas tu, takyahla buat..

Ok, apa khabar semua?? Cam lagu Joe Flizzow dah pulak. Mentang2 baru menang AJL baru2 ni.. haha... Too many things to share, tapi basically entry hari ni is to share my resolution (hopefully tak terlambatla kan nak capture). Sebab musababnya, azam ni dahpun ada. Ada yang memang yearly, ada yang baru dan ada yang continuity to previous years.
Kenapa ada nak continue pulak? Yelahkan, bukan semua perkara boleh settle in a year. Contoh, nak membeli rumah. Takkan setahun punya resolution, kenelah ambil masa bermula dari saving. Itu contohla....

K, now saya nak share my resolution for this year only:-
1. Urusan Safii masuk darjah 1

  • Monitor progress Safii setiap hari
  • Menyediakan pemakanan yang sihat untuk Safii sepanjang tahun
  • Tuition at Cambridge - to boost her confidence in English as a whole


2. My new baby

  • Expected end March, moga Allah mudahkan segala urusan
  • Penyediaan keperluan bayi dari sebelum lahirPenyediaan pantang - I guna Tanamera this time
  • Plan insurans PruMyChild- alhamdulillah this one completed
  • Penyimpanan stemcell - ini kepercayaan saya dan keyakinan saya. Jakim pun dah maklumkan   hukumnya harus, jadi buat tak salah dan tak buat pun boleh.


3. My dear boy- Ahmad

  • Hantar this boy to art class on weekends- masih tercari2 lagi tempat yang sesuai

4. Landscape Project

  • Wohoo... this one is so exciting!
  • Dah signup dgn Maxly Landscape masa HomeDec Shah Alam. Harga sama macam biasa but ada additional stuffs yang biasanya kene bayar lebih. Kira jimatla...
  • Kene tengok once done, baru boleh comment. So, nantikan entry seterusnya ya!
5. Langsaikan segala hutang2 yang ada

6. Overseas trip in September onwards

Monitoring Your Child Developments

What is a development assessment?

Children develop at different paces – some talk early, and some walk before their peers are even crawling. But if your child seems behind the curve in an area of development, you may need to get a development assessment.
This is a structured evaluation of your child's physical, language, intellectual, social, and emotional development. A developmental assessment specialist may conduct the evaluation, or it may be done by a team of professionals that can include a pediatrician, language specialist, audiologist, occupational therapist, child psychologist, and child psychiatrist, among others.
The specialist or team will tailor your child's assessment to his age and suspected problem or delay. In general, expect to spend time answering a lot of detailed questions about your child's growth, physical movements, behavior, play, and interactions with family members and the rest of the world. Your child will undergo a series of tests that may include a physical exam, hearing and vision screenings, play observation, and standardized tests that determine your child's areas of strength and weakness.
If your child's teacher or doctor has recommended that your child be assessed, you may be feeling anxious, scared, or even guilty. No parent likes to hear that his child may have a problem. It's normal to be concerned, but remember that an assessment is simply an evaluation of your child. It's not a diagnosis in and of itself (though it may lead to one), nor is it a sign that something is seriously wrong.
In many cases, an assessment will reveal that your child is absolutely normal and needs no further treatment. Even if the doctor or teacher suspects a problem, she may give you suggestions for working with your child at home. Try to keep an open mind, and remember that the ultimate goal of an assessment is to help your toddler stay healthy as he grows.

How do I know whether my child needs one?

The American Academy of Pediatrics recommends that all children get a routine developmental evaluation at their 9-, 18-, and 24- or 30-month well-child visits, even when there isn't a suspected delay.
Also, your child's doctor will informally monitor her development at each well-child visit. If she notices an area in which your child seems to be lagging significantly behind her peers, she may refer you to a developmental specialist for an assessment.
As a parent, you too can be the driving force behind an assessment. You know your child best, and may be the first to notice a developmental delay. A doctor spends only a few minutes with your child at each visit, so it's easy for her to miss subtle problems. If you're worried about a particular issue – your child's speech or ability to grab objects, for instance – and the doctor doesn't mention anything, bring it up and ask for a referral to a specialist.
If your child is in preschool or a daycare center with staff trained in early childhood development, a teacher or caregiver may suggest that you take your child for an assessment.

What are the signs of a good assessment?

Every assessment is different because every child and family is different. But the best ones share the following characteristics, according to Zero to Three, a nonprofit organization devoted to the physical and mental health of young children, and a leader in establishing professional standards for child assessments.
Parents and professionals should work together. You are an expert on your child's behavior, and you should play a key role in the evaluation process. Your information and opinions are crucial in determining how your child is really doing.
The assessment should be conducted by a team that may include a pediatrician, audiologist, child psychologist, and child psychiatrist, among others, to get a complete picture of your child's skills. The members of the team should all have a solid understanding of child development.
Your child should be observed in a number of settings with different people. Behavior is complicated. To get a complete picture of how your child plays, learns, reasons, moves, and interacts, he needs to be evaluated in different surroundings. How he acts with you, for instance, may differ from how he is at daycare or with his siblings. A good assessment team takes all these things into consideration.
The process should identify your child's strengths and weaknesses. Child development is complex, and a good assessment should take into consideration how your child functions in a number of areas, not just the one or two that he seems to be having trouble with.
Your child shouldn't be forced to separate from you during testing. A toddler can't be expected to function at his best if he's anxious or scared.
An assessment should feel like help. A formal evaluation of your child's development is often the first step in determining whether he needs early intervention or treatment. But when the testing is done well, many parents say that's helpful in itself.
During the process you should feel like your knowledge of your child is growing, and you're getting answers to many of your development questions and new ideas for how to interact with your child. You may even feel a sense of relief. Being faced with a potential development problem can be upsetting, but knowing that help is available can feel like a big step forward.

How can I ensure the best results for my child?

Preparing for an assessment and being an advocate for your child are the two most important things you can do to ensure optimal test results. Here are a few specific pointers:

  • Both parents should attend any meetings or screening assessments, if possible. You may have different information or ideas to contribute, and you can compare notes later to make sure you understand everything that took place.
  • Make sure your child is healthy and comfortable during testing. A child who is scared or has a cold or ear infection, for example, won't perform at his best.
  • Ask for a written report to be sent to you and your doctor at the conclusion of the assessment. And ask questions about anything you don't understand, whether it's part of the test itself or jargon in the report after you get it.
  • While you wait for the results of the assessment, consider signing your child up for an intervention program. Earlier is better when it comes to treating developmental conditions such as autism, speech and language disorders, and learning disabilities. Waitlists for intervention programs are often long, so it can't hurt to get on one right away.
  • If the assessment indicates a developmental delay, consider getting a second opinion. Treatment can be time consuming and emotionally draining.
  • Have your child reassessed periodically. Children grow and develop so rapidly and at such different rates, it's important to reevaluate them regularly. Your child may outgrow a delay or develop new ones. Continued monitoring will catch any changes.

Family Trip to Langkawi


Yuhooo!!

It was an exciting journey back from Langkawi with my 2 kids, Almeera and Thaqeef. Papa?? Of course Papa was around with us..

I took a plan back in February, by gushingly planned to this quick trip to Langkawi when there was a promo 2-ways-flight by AirAsia only at RM47 per head. Best!!

All together was only RM500++!! I thought that was awesome cos we've checked the price rate before which was about RM1000++... 

Ok, let's talk about my trip k? I took off 2 with 1 big luggage(my husband got when he performed Umra last year), 1 bag wheeled luggage for kids, 1 bag pack that was used to dump all baby stuffs-diapers, small towel, almost everything..haha
Not forgotten, a Nikon D3000 for photos!
Mama and Safii

Mama and Thaqeef

We started off our journey on 30th May 2013. Already pre-booked a car cos it's school holiday. To avoid any hassle, we also booked a room via Agoda.com. Since it's a first-time planned family vacation with small kids, I've spent a lil bit higher accomodation. That's to ensure safety and comfortably room for my 2 active kids. Safii's must have is always a room comes with bath-tub cos she wants to play in it!


Now, talking a bout our stay in Langkawi. I've booked Meritus Pelangi Beach Resort and Spa, near Pantai Chenang which is about 10mins drive to Airport. Well..well, it's an awesome resort with great facilities. I just love the room near the lake-2002. Nice right the room number! 

The scenery is just beautiful and I really love the pool. The kid's pool is big and interesting! My kids just loved it!
Food wasn't that good to us however cos they didn't really provide variety selections of food, taking into account, most visitors are foreigners. :-(

That's our itenary:-
Day1 - went to Pekan Kuah for shopping chocolates and my mom asked me for pressure cooker. We sent there just to survey the prices they offer. Quite numbers of shops selling Corelle, Visions and chocolates! Most famous among all are Idaman Suri and Haji Ismail. You can go to their shops in Pekan Kuah. We had dinner at one of famous seafood restaurat which was earlier, I was skeptical about the halal status. Since a lot of muslims ate in there then we decided to try on. This restaurant was highly recommended by a friend of us. It's a chinese restaurant that serves alcoholic drinks but no worries, they won't mix alcohols in your food. :-)
Oh ya, the restaurant named is Wonderland! Try and taste their delicious food! You wont regret!

Day2- went to most famous cable car in Asia known to be the longest. Waaa, this is really tricky cos we were thought it'd be OK to reach there at 8am but by then, it's already a long queue! Well, we were forgotten it was school holidays. The queue was like 50meters long! Since we have small kids, we were not willing to wait and come again the next day as we will be going back, so we bought a so called VIP tickets which cost us RM60 if not mistaken more than normal ticket. Refer here for info Langkawi Cable Car
Tickets :
Adult     : RM30.00 / Happy Hours RM15
Child      : RM20.00 (2 to 12 yrs) / RM10
Student Group: please call for rates.
Address :
Panorama Langkawi Sdn Bhd
Oriental Village, Burau Bay,
07100 Langkawi, Kedah Darul Aman.
Operating Hours:10.00 am to 7.00 pm    (Mon-Thurs)
09.30 am to 07.00 pm   (Fri - Sun & PH)
12.00 pm - 7.00 pm   (Wednesdays only)
 Happy Hours: 5 pm - 7 pm
Contact :
Phone  :    (60)4-959 4225
Fax      :    (60)4-959 4121
E-mail  :    
info@langkawicablecar.com.my
   
Hope this helps!

Then, we went for island hoping. This one was good but not recommended with small kids as the boat are non kids friendly. They are more for adults or bigger kids age 10 and above.
We spent a day out at returned to the resort at 6pm plus. Only managed to take kids to enjoy the pool...urgh, too late since our trip was to short. huhu
We were given special treat for dinner and I just loved it! It's another BBQ seafood dinner! By the way, near the resort, there is a laundry shop for you to wash your cloths with cheaper price than send in within the resort. Hmm, it's a known fact.

Day3- went to Pekan Kuah after breakfast. Bought necessary gifts for family and I bought a Vision big cooker! Yey!
Rushed back to resort, packed stuffs and returned our rental car at Airport-just parked the car anywhere within the airport and informed the PIC you're dealing with when you rent the car.  
Oh ya, one most memorable things to us before boarding. Since we're kinda late, we were almost blocked by the Air Asia staffs to be on board. Oh my! But then, thanks so much to the friendly staffs whom had made our day as she helped us to check in. Guess what, our names were called out multiple times for been late. Well, that's really made me cry inside...uwaaaaaa

So, that's the end of our story. 

Hmm...what to do with Shaklee Bonus?

yes, I've bought the airplane tickets all by Shaklee Bonus I've got for the last month! Yes, am not kidding. That's how I used the bonuses to complement my family members and am hoping to GIVE MORE to others. Those people in needs...

Do follow my blog for more and more info to share!

Love, Amni
Shaklee Independent Distributor
869904
017-3328987 

Cara Mudah Menderma dengan Cimb Clicks

Assalamualaikum semua...

Regardless you are coming from where, tapi sy tahu anda adalah penderma2 yg bijak dan hendak mendapatkan saham buat akhirat. Insya Allah...

So, lemme cut short. Saya di samping bisnes Shaklee ni, saya melihat peluang dan rezeki yag meimpah ruah apabila kite 'lebih memberi'. Betul! Seperti firman Allah:


Firman Allah surah Al-Baqarah : 254


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَنفِقُواْ مِمَّا رَزَقۡنَـٰكُم مِّن قَبۡلِ أَن يَأۡتِىَ يَوۡمٌ۬ لَّا بَيۡعٌ۬ فِيهِ وَلَا خُلَّةٌ۬ وَلَا شَفَـٰعَةٌ۬‌ۗ وَٱلۡكَـٰفِرُونَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ (٢٥٤)



Maksudnya:



Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim. (254)


Terus terang, sy bukanla seorang yg warak namun sering memperingati diri dan berusaha ke arah yang lebih baik utk kehidupan akhirat. Sebenarnya, ada banyak cara untuk kita menderma. Tapi biarlah ke laluan yg betul.

Maksud sy, menerusi badan2 yg bertauliah supaya derma kita benar2 dimanfaatkan. Maaf, saya memang against derma2 jalanan: tepi jalan, pasar, org buta kutik derma kat kedai2 makan, budak2 bawa derma kat stesen minyak or kedai2 makan... I don't think they are genuine. So, bila kita derma yg macam tu, dikhuatiri tidak dimanfaatkan sepenuhnya dan lebih buruk akan menjadi penggalak. Hakikatnya, memang dah GALAK pun depa2 ni...

So, kalau dah berniat nak menderma, why not you masukkan dlm badan2 yg betul2 sahih?? Well, this is my personal opinion: Buat Baik Biarlah BerPada-Pada..

Ok, dah celoteh panjang. So now, lemme show you how:-
1. Login to CIMB Clicks. Do make sure, link yang betul jgn sebarang link.
2. Key in Username and Password as usual.
3. At Welcome Page after Successfully Login, pilih 'PAY'--> 'Bills'

4. At 'Pay Bills' page, select account untuk keluarkan/debit derma
5. At 'To': pilih 'Open Billers'--> Zakat/Charities

6. Kat bawah kategori 'Zakat/Charities', ada banyak senarai. Pilihlah ikut kesukaan anda.

7. Selepas anda buat pilihan Organisasi yg anda nak dermakan, akan keluar pop up box 'Bill Identificatin'
  • anda dikehendaki memasukkkan maklumat peribadi, jumlah derma dan sama ada anda nak resit derma atau tidak
  • kemudian, masukkan juga alamat serta email
  • min derma is RM1 tapi bergantung pd penetapan organisasi.
  • Untuk proceed, anda kene 'Request Tac' and proceed Bayaran


8. Akhir sekali, anda akan dapat Acknowledgement as follows

Selesai... Mudah-mudahan pengisian ini bermanfaat. Please comment and do like my blog and Facebook Page: 'Natural Living'












Solat Sunat Taubat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).

.

Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:

“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)

.

Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.

.

Fadhilat Taubat:

.

1. Diampunkan Allah SWT.

2. Dimudahkan segala urusan.

3. Menceriakan kehidupan seharian.

4. Menghilangkan perasaan yang menekan.

5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.

.

.

CARA SOLAT TAUBAT

.

1.  Niat Solat Sunat Taubat:

.

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

.

Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun

Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas

.

.

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).

.

.

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

.

a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;

“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”

Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.

.

b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;

“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

.

c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :

“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”

Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.

.

.

5.  Baca Doa Taubat

.

Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!

Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).

Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.

Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.

Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 

Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!


Persiapan Aidilfitri

Salam semua...

Bersempena Aidilfitri yang tinggal about 2 plus ni, sy dah pun memulakan persiapan ala kadar buat kami sekeluarga..

Yup, memandangkan 1st time Ahmad Izzthaqeef nak berbaju Melayu, so sy dah pun usah2 baju Melayu siap kat SACC Mall, Shah Alam. Kat sini memang banyak choice, cuma kuarkan jela duitnya ya??

So, lepas tilik2, akhirnya dptlah baju utk kami sekeluarga satu kain yg sama. Malangnya, bawa balik umah, try2 kurang sedap untuk budak2 and Papa Thaqeef pun kata, dia rasa xselesa. Safii plak kata, ok for her since dia tgk sama dengan Mama dia kan??

hehehe...

So, bawa balik butik, nama butik: Butik Sireh Pinang. Memang sy suke beli baju kat sini. Selain kualiti jahitan, mostly design dia cantik2.. Sy selesa.. Cuma sy tak berkenan dgn pekerja dia. Bila minta tukar, buat endah tak endah je. Sy sabar lagi... bila time nak bayar, punyala eksyen buat gaya macam kita ni tak pandai mengira plak! Apa lagi, sy smash sikitla.. hahaha...kasi gertak je sbnrnya... Pas kene basuh sikit baru ada adab nak layan customer macam mana... Isk2, nila dorang ni...

So, balik pada baju Melayu Papa dan Thaqeef, nk tukar kat Sireh Pinang tak dapat, last2 kami ke Butik Omar Ali, kat SACC jugak. Papa memang fussy... Dia kalau boleh tak mau membeli apa2 benda baru kalau tak perlu. Kenela sy pujuk2 sikit sbb nk sedondon dgn Thaqeef. After try, tak kene plak cos his body size S but seluar kene size M, almaklumla perut 'berisi sikit'.. hikhik...

Then, kenelah tempah. Sampai ke hari sy menulis ni, belum siap lagi baju Papa tu... Esok kami akan call. Masa tempah haritu before puasa lagi sbb kami mmg xsuke shopping time bulan Puasa. Better settle awal2..

Okla...tu je nak cite...wat selingan entry ni...


Btw, sesapa nak berShaklee.. maklumkan pada sy as usual ya??
Kedai sy bukak 24hrs. Cuma sy akan reply between 8:30am till 9pm ya?

Selamat Berpuasa... Moga Ibadah kita terpelihara