Pages

Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts

Kenali Najis Anda: Penentu Permasalahan Kesihatan

Jenis-Jenis Najis!

Rutin membuang air besar hampir setiap hari. Malah ada yang buang air besar hampir 2-3kali sehari. Itulah hakikatnya, semua orang malu membicarakan soal tahi.

Tahukah anda, tahi anda jenis apa?
Berdasarkan “Bristol Stool Chart”, “Meyers Scale” atau bahasa melayu“Skala Tahi Bristol”. Tahi boleh dikelaskan kepada 7 jenis. Skala ini telah dinamakan “Skala Tahi Bristol” kerana skala ini telah diperkenalkan oleh Lewis S.J. dan Heaton K.W di University of Bristol, UK.

Jenis 1: Berbentuk biji-biji, agak keras seperti ketulan batu.
Jenis 2: Berbentuk seperti sosej, tetapi berketak-ketak.
Jenis 3: Juga berbentuk seperti sosej, tetapi macam merekah sedikit.
Jenis 4: Berbentuk seperti ular, agak licin, halus dan lembut. Just Nice.
Jenis 5: Bergumpal-gumpal, lembut dengan potongan hujungnya jelas.
Jenis 6: Yang ni dia macam cirit sikit, likat, gabungan cecair dan pepejal.
Jenis 7: Sangat cair, tiada pepejal.

Najis jenis 1 dan 2
Sekiranya anda mempunyai tahi seperti ini, itu maksudnya anda sedang mengalami sembelit. Kalau dapat tahi sebegini, memang susah sedikit nak ‘meneran’ sebab tahi itu dah menjedi keras. Selalunya situasi ni terjadi kalau seseorang tu malas untuk berak setiap hari. Semakin lama tahi berada dalam usus besar, semakin banyak air daripadanya yang akan diserap, maka semakin keraslah ia.

Najis jenis 3 dan 4
Seperti juga berat badan, tahi juga ada kategori yang ideal  iaitu normal, dan kategori ideal untuk tahi ini jatuh pada jenis yang ke-3 dan ke-4. Selalunya tahi sebegini dihasilkan kalau seseorang itu rajin ke tandas setiap hari.

Najis jenis 5,6 dan 7
Bagaimana pula dengan jenis 5 hingga 7? Kalau pernah mengalami yang ke-5, itu mungkin disebabkan angin atau gas yang terlalu banyak dalam usus, atau anda telah mengambil sesuatu yang boleh menyebabkan anda cirit birit seperti susu berlaktosa. Namun untuk kategori 6 hingga 7, anda kena berhati-hati sedikit kerana itu mungkin membawa maksud ‘diarrhea‘ iaitu masuk ke tandas dan cirit lebih daripada 3 kali sehari. Ingat, diarrhea yang berterusan boleh membawa maut!
Diet juga sangat mempengaruhi rupa tahi yang dihasilkan. Jangan sesekali mengabaikan sayur dan buah-buahan. Itu merupakan sumber serat nombor satu yang harus diambil secara berterusan selagi kita masih bernafas. Dan jangan malas untuk buang air besar!
.................
Terdapat juga kondisi dimana terjadinya sembelit seperti najis jenis 1 dan 2,apabila tahi ditahan, ia akan kembali ke usus yang mana tahi tersebut boleh diserap kembali airnya menjadikan tahi sangat padat. kemudian jika pembuangan tahi tidak dilakukan dalam tempoh masa yang lama maka, ia akan semakin mengeras dan waktu inilah sembelit terjadi.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kondisi seperti saya iaitu cirit-birit.Apabila ada infeksi bakteria di usus maka secara refleks usus akan mempercepat perjalanan tahi sehingga penyerapan air sedikit oleh usus besar atau kerana masukan air yang berlebihan, makanan tercampur dengan sejumlah besar air. Oleh kerana itu makanan yang dicerna terdiri dari cairan sebelum mencapai usus besar.Usus besar menyerap air, meninggalkan material yang lain sebagai kotoran yang setengah padat. Apabila usus besar rosak atau terkena radang,penyerapan tidak terjadi dan hasilnya adalah kotoran yang berair. Akibatnya, tahi menjadi lebih cair sehingga perut terasa memulas berterusan.

Pemantauan tahi adalah penting. Orang kata kita sihat apabila tahi kita sihat.Jika kita buang air besar hari-hari maknanya sistem pencernaan kita bagus. Jika kita buang air besar selang beberapa hari atau lebih teruk seminggu sekali,pergi jumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan pemantauan kesihatan.

Warna Najis kita pula;
Jika warnanya cerah macam kuih maruku, itu tanda tahi kawan-kawan sihat.
Jika tahi kawan-kawan bewarna gelap macam dodol, itu tandanya tahi kawan-kawan tidak sihat.
Jika tahi kawan-kawan berwarna kelabu, mungkin kawan-kawan ada masalah organ dalaman.
Kalau warna tahi hijau atau warna hitam kemerah merahan, mungkin usus kawan-kawan ada barah atau pendarahan.
Tanda lain tahi yang sihat adalah, tahi kawan-kawan tenggelam macam keropok lekor rebus yang belum masak. Tapi jika tahi kawan-kawan timbul dalam air macam keropok lekor nipis yang digoreng dalam kuali besar yang banyak minyak, itu tandanya tahi kawan-kawan ada masalah 'celiac disease',mungkinlah. Cuba kawan-kawan  kurangkan makanan dalam tin atau makanan segera.
Tapi ada juga perbezaan pendapat dikalangan doktor yang mengatakan, Tahi tenggelam itu tidak bagus kerana ada banyak toksik dan tahi yang terapung pula yang bagus hurmmnn...mungkin doktor betul tak?
tapi ada kesimpulan yang diberi, jika tahi timbul tiada bau, itu bagus dan jika tahi timbul tapi busuk dari biasa macam tahi, itu tidak bagus.

Najis sihat datang dari badan dan cara hidup yang sihat,jaga pemakanan dan jagalah kesihatan anda.

Cadangan kami di Natural Living, amalkan pengambilan Alfalfa kerana Alfalfa boleh membantu masalah pembuangan air besar serta menjadikan usus lebih sihat...

wallahuallam

Mata Berkedip-kedip atau Myokymia: Fakta atau Mitos?

Mata saya ni asyiklah nak berkedip-kedip.. Selalu gak jadi. Dan banyak jugak dengar sebab mata kita ni berkedip-kedip. 

Kata orang-orang tua, :


kalau yang bergerak tu kelopak mata kanan, ada saudara sebelah ayah yang meninggal , kalau sebelah kiri , ada saudara sebelah mak pula yang meninggal” dan “kalau mata kanan yang bergerak, nak tengok orang atau nak jumpa orang jauh”. Ada juga yang kata “nak dapat berita baik”. Kalau kelopak mata kiri yang bergerak, katanya “ada berita kurang baik yang akan didengar dan akan menangis”.

Terpulanglah sama ada nak percaya atau tak. Tapi, sebenarnya mata berkedip ni pun sejenis penyakit. Cuma tak lah  merbahaya sangat. Saya pernah hadiri satu kursus tahun lepas. Penceramah tu kata, kalau mata kita ni selalu berkedip, maknanya mata kita ni letih.. dan cuba lah pejam seketika dan buka semula. Ulang beberapa kali.. Untuk merehatkan mata la.. Kadang-kadang kita ni asyik mengadap komputer kan.. 


Ini hasil yang saya temui bila tanya Mak Cik Google :


"Nama saintifik untuk penyakit mata bergerak ini ialah "myokymia". Berdasarkan kata-kata pakar masalah ini adalah akibat pergerakan otot di bahagian kelopak mata atas dan kadang-kadang di bahagian kelopak mata bawah bawah . Mata bergerak-gerak ini berkait rapat dengan stress, fatigue, kurang tidur dan overdose minum kopi. Anxiety/depression juga boleh mengakibatkan kepada masalah mata bergerak-gerak ini. Kerisauan yang terlalu tinggi dalam diri kita juga turut menyumbang kepada masalah ini. Faktor personaliti juga turut menyumbang kepada masalah ini"

Myokymia dalam bahasa Inggeris
Myokymia is the spontaneous, fine fascicular contractions of muscle without muscular atrophy or weakness. Eyelid myokymia is typically unilateral and involves the orbicularis oculi muscle of one of the lower eyelids; occasionally, one of the upper eyelids can be affected. The main symptom of myokymia is uncontrolled twitching or movement of a muscle. When this occurs in the eyelid it is known as eyelid myokymia. Eyelid myokymia can last for a period of days or weeks and in rare cases months. It can appear and disappear quickly. The bottom eyelid is affected more commonly than the top eyelid.

p/s : Pernah tak jadi macam ni?.. dan ada kena mengena tak dengan apa yang orang-orang tua cakap?. Cuba share sikit :)