Pages

Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Cerita Cuti Rehat Atas Katil: Pedarahan semasa Hamil...

Assalamualaikum...
Entri kali ni memang dah tertunda last few days memandangkan kesihatan kurang mengizinkan... Ada apa dengan pendarahan? Saya ke? 
Ya, saya baru sahaja melalui situasi sukar dan cemas itu kira-kira seminggu yang lepas. Hanya Allah yang tahu perasaan saya. Suami pun terkedu dan banyak kali mohon maaf pada saya... Kasihan saya tengok suami... 
Anak-anak terabai sekejap memandangkan mamanya masuk hospital. Bukan sehari, bukan 2 hari... Seminggu duk tercatuk kat KPJ Selangor Medical Specialist, Shah Alam... 

Hm... kenapa masuk KPJ? Memang, company tak cover, insurans pun tak cover.. all own poket money.. Okey meh saya cite sikit why saya masuk KPJ instead of GH. Saya dengan Doc Siti, O&G KPJ ni dah lama. Since anak pertama, Safii dan Thaqeef, anak kedua saya, memang saya duk KPJ je lah bersalin. Alasannya, suami mahukan doktor perempuan. Dengan pengalaman Dr Siti, saya yakin. Jadi sebab itu pregnant kali ni saya refer Dr yang sama eventhough company takde cover pregnant2 ni... Pada suami, selagi mampu, teruskanlah dengan Dr Siti as medical history all in her hands... 

Okey, memandangkan bleeding yang banyak.. Oh kejap, saya cite sikit macam mana boleh bleeding - baby menendang2 dalam perut ni ha, diapun excited nak cite experience dia gamaknya :-)
Sekarang ni saya dalam proses pindah rumah. Rumah kami sekrang ni untuk di sewa. Memandangkan macam-macam benda belum settle, saya pun terkedek-kedek follow suami since cuti Deepavali tu saya ambil extra 1 day leave. Cuti panjang, langkahpun panjang! 
Dengan urus anak-anak, walaupun ada bibik, saya dengan suami jenis tak lepas tangan kalau kami ada. Kami gunakan masa yang ada untuk spend time dan uruskan keperluan mereka. 

So, hari cuti Deepavali tu, saya satu family ni, pergilah mengorak langkah ke Ikea. Kalau tak sebab nak beli sebuah sink tu, tak de makne kami ni nak ke sana. Nak-nak cuti umum, gerenti ramai orang. So, pendek cite, kamipun pegila.. Orang sangat ramai, nak cari barangpun agak susah sambil nak kene monitor the kids. Puas jalan2, dapat sink sudah. Tapi sebab tak biasa system Ikea ni (setahun adalah sekali kot kami datang Ikea ni), maka sink tak ambil, kene naik atas balik Saya dan anak-anak tunggula kat bawah, suami pergi ambil. Dalam 2 jam jugak, saya dengan anak2 pun dah letih tunggu. Rupanya, dia sangkut nampak lampu pulak... Saya yang letih ni ha, sebab tadi terpaksa berlari nak kejarkan toiley, si kecik nak pee-pee... OMG, taktau nak kata apa...

Pas settle kat Ikea(pendek cite), kami makan pulak di Jibby&Co, Empire Subang. Mak buyong yang belum buyong sangat ni mengidam... Alio Oglio dia OMG memang sodap! 
Jadi, seharian aktiviti, memang letih teramat. Sampai rumah dah malam, urus anak-anak to bed. 
Esoknya, pagi-pagi kami ke Tesco, beli barang. Masa nilah bermula episod perut saya cramp. Saya ingat biasa-biasa.

Sampai rumah, saya nak ke dapur. Plan asal nak continue keluar lagi untuk cari barang. Tapi, masa kat dapur, saya sensed something flow out macam mensus. OMG, saya tak lengah, terus selak seluar, alamak darahlah!

Getus hati saya, terus saya jalan kengkang panggil suami. Bibik tengah kemas barang-barang belanja dapur. Call KPJ, nurse Dr Siti suh datang segera.

Di KPJ Selangor
Naikla wheelchair, orang pandang-pandang je.. hehe, malu rasa. Tunggu luar bilik Dr Siti, emergency masuk. Okay, doctor check2, seluk bawah tu... 'Amni, banyak darah ni, kene admit now'. Adoila, nak nangis rasa. Dr explained pada saya and suami, possibilities of miscarriages kalau womb tu nak begitu, memang takde cara. In the meantime, kene bedrest dulu. Sementara tunggu husband uruskan admission, saya dipush ke ward dulu. Masa tu je, terasa darah keep on keluar. Ya Allah, saya doa je sepanjang masa, takut sangat-sangat.

Oh ya, apa tu bedrest? 
Ringkasnya: Bed rest is a common practice during pregnancy to alleviate certain pregnancy complications. (refer link untuk maklumat lanjut)

Pendek cite, in the past 3 days, saya memang baring je, kecing semua atas katil. Dahla, asyik nak kencing je rasa. Psychology la tu sbb tak boleh ke toilet sendiri. Masa tu, nak solat pun baring je. Saya buat jamak qasar masa tu sbb payah nak ke toilet. Tawakal Allah terima solat saya masa tu. Hati keep on zikir. Masuk hari ke-4, bleeding dah mula berhenti. Dr bagi saya bangun sikit-sikit, ke toilet bila nak qada' hajat.. hehe...

After 3 days monitoring with minor activities, bleeding no more baru dr bagi balik. Seminggu jugaklah duk hospital. Alhamdulillah syukur... Sekarang ni saya tengah MC bedrest at home lagi... 

Home Bed Rest
Balik rumah, alhamdulillah, ada maid boleh tengok2kan anak2.. Kesian the kids, ter'abandoned' untuk beberapa hari. Hubby pun lari2, kejap EL... Thanks alot dear for helping me out and always being there at most times...
Syahdu pulak rasa..
At home, I was on bed rest for alomost a month... Fuh, memang dengar macam best sbb dpt cuti kan? tapi sebenarnya, taklah sesedap namanya.. You've to limit your movements, banyak baring.. Nak ke toilet pun eerie. Kenapa? Sbb takut bleeding lagi..
Lebih kurang macam dalam pantang. Makanan semua maid hantar naik atas. Hubby memang tak bagi turun naik. Nk duk bawah tak de bilik. Kenalah duk atas diam2. 
Anak2lah paling happy sbb mak dia ada kat rumah.

Rasanya tak perlulah cerita panjang what I did during 'bedrest' period tu kan? Basically, totally limit movements dan banyakkan baring...baring...baring... Yang penting, kaki mesti naikkan atas bantal. Ada orang panggil as tinggikan punggung.

Saya lebih suka nak share tentang apa yang saya pelajari sepanjang tempoh ni:-

1.     Even though dah masuk 5x pregnant, 2 kali success delivery – never ever ingat dah kuat. Kena PANTANG for the 1st 28weeks at least. Kata Dr Siti (my fav gynea), minggu awal2 ni memang janin tak kuat lagi.
2.       Saya belajar muhasabah diri – terlalu sibuk sangat dengan hal2 lain hingga lupa nak rest dan bagi masa untuk diri. Peluang berehat saya gunakan untuk banyakkan membaca Al-Quran dan berzikir. Cakap banyak-banyak dengan baby. Perasaan bercampur baur sebab terlalu takut ‘kehilangan’.
3.       Allah Maha Mendengar – walaupun diri ini banyak kekurangan, lalai pada suruhan-Nya.. Tapi tidak sekali2 Dia tinggalkan diri ini. Jadi, banyakkan sujud padaNya. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini L L

Sekian untuk entri kali ini. Moga ketemu lain di lain masa…

Take care…


ASID FOLIK dan Kehamilan: Kenapa Penting dan Bila Perlu?

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.


Tablet Asid Folik


Mengapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda. 


Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat. 

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. 

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik. 


Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat: 

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah. 

Anda juga boleh mendapatkan banyak lagi idea makanan daripada pelan makanan harian kami yang mengandungi pelan pemakanan dari minggu ke minggu yang boleh anda ikuti dalam setiap trimester!

sumber http://www.babycenter.com.my/a1033084/asid-folik-mengapa-ia-diperlukan#ixzz2nnoXRpQc

Folic Acid and Pregnancy

Folic acid is a pregnancy superhero! Taking a prenatal vitamin with the recommended 400 micrograms (mcg) of folic acid before and during pregnancy can help prevent birth defects of your baby's brain and spinal cord. Take it every day and go ahead and have a bowl of fortified cereal, too.

What Is Folic Acid?
Folic acid, which is also called folate, is a B vitamin. The best food sources of folic acid are fortified cereals. Folic acid plays an important role in the production of red blood cells and helps your baby's neural tube develop into her brain and spinal cord.

When Should I Start Taking Folic Acid?
Birth defects occur within the first 3-4 weeks o

f pregnancy. So it's important to have folic acid in your system during those early stages when your baby's brain and spinal cord are developing.

If you talked to your doctor when you were trying to conceive, she probably told you to start taking a prenatal vitamin with folic acid. One study showed that women who took folic acid for at least a year before getting pregnant cut their chances of delivering early by 50% or more.

Shaklee B Complex comes with folic acid! Try it now!

Only 1 tab a day will complete your folic acid in take plus more benefits in one tablet!


Berminat?
✐ Blog: umney.blogspot.com
✉ Email: umneymeen@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3328987
➲ COD Area: Kota Damansara, Subang Jaya, Shah Alam, Klang & Petaling Jaya

✈ Seluruh Malaysia

Ibu Hamil Sihat dan Bertenaga dengan Shuang Hor



Assalamualaikum semua…

Setelah beberapa bulan menyepi, saya baru menemui masa. Ya, masa yang bersesuaian utk saya kembali menulis.

Alhamdulillah, sy baru shj melahirkan anak ke-4 sy kira-kira 5 bulan yang lalu.
Yes, no 4.

Eh, no 2 dan 3 tak habis cerita? Ya, no 2 dan no 3 saya belum sempat lagi nak menulis panjang. Dah keluar no 4..hehe..

Apa istimewanya kali ini yang saya nak cerita ialah bilamana towards the end of pregnancy saya betul-betul consume Shuang Hor.

Apa maksud baru betul2? Maksudnya, saya baru mula makan dengan penuh disiplin.
Saya mula2 malas… ha, kalua dah malas tak bolehla nk tolongkan..
Tapi, ajaibnya…dengan izin Allah, sy melalui last trimester sy dengan penuh tenaga.
Imagine, anak sy kali ni beratnya 3.66kg. Dengan saiz sy actually banyak gynea yg sy jumpa tidak menyarankan saya bersalin normal.

And YES, I did it again!

So, long story short, saya amalkan ini sahaja:-

2.            Shuang Hor Lacto-Berry
3.            Lu Chun Lingzhi Plus Tea
4.            CEO CafĂ©(3 IN 1)

Nak tahu lebih lanjut, boleh PM saya segera utk pertanyaan dan konsultasi percuma.


Call/SMS/WhatsApp: 017-3328987