Pages

Showing posts with label Nutriferon. Show all posts
Showing posts with label Nutriferon. Show all posts

HATI: Pentingkah Penjagaan Hati?

Hati memainkan peranan penting dlm metebolisma badan. Selain drp itu, hati juga mempunyai pelbagai fungsi di dalam badan seperti tempat penyimpanan glikogen, penguraian sel darah merah, sintesis protein plasma, penghasilan production, detoksifikasi & pengeluaran biokimia yg diperlukan oleh system pencernaaan.
 
kesihatan hati
 
15 cara menjaga kesihatan hati
  1. Utamakan pemakanan dr buah-buahan, sayur-sayuran & makanan yg tinggi kandungan serat. Ini adalah kerana hati menjalankan banyak aktiviti-aktiviti seharian & memerlukan bantuan vitamin serta mineral utk berfungsi dgn baik.
  2. Elakkan pengambilan makanan segera, makanan yg mengandungi perasa tiruan, warna tiruan & bahan pengawet utk mengelakkan hati berkeja lebih keras utk menapis bahan-bahan ini.
  3. Banyakkan makan lobak & beets kerana sayuran ini dapat membersihkan & membina semula hati. Sebagai tambahan, makan sayuran yg berwarna hijau kerana sayuran hijau biasanya tinggi kandungan klofil yg membantu membersihkan hati.
  4. Amalkan pengambilan 2 sudu mkn flaxseed. Flaxseed dpt mengelakkan hormor berlebihan dlm bdn masuk ke dlm salur darah. Salah satu fungsi hati ialah menapis hormone yg berlebihan di dlm darah.
  5. Banyak herba-herba di pasaran hari ini dpt membantu mengekalkan kesihatan & kebersihan hati. Tetapi, bagi ibu mengandung, org yg mengalami sakit teruk & org yg sedang mengambil bnyk2 ubat-ubatan, sila rujuk kepada doctor atau pakar tentang pengambilan herba ini. \
  6. Kurangkan pengambilan gula halus & pemanis makanan sebanyak yg mungkin. Ini akan memudahkan kerja-kerja menapis hati.
  7. Lecithin dpt membantu hati dlm proses memetabolismakan lemak. Ia mengekalkan kesihatan hati & dpt mengelak lemak daripada membentuk di dlm hati itu sendiri.
  8. Makanah multivitamin atau makanan tambahan yg berkuali tinggi bagi mengelakkan hati berkerja lebih kuat utk memproses. Kandungan multivitamin yg semulajadi dpt membantu hati melakukan detoksifikasi dgn baik.
  9. Pengambilan vitamin-C 1000-2000 mg setiap hari juga perlu utk mengekalkan kesihatan hati walaupun terdapat vitamin-C di dlm multivitamin yg anda ambil.
  10. Memakan bawang putih & bawang merah juga membantu dlm aktiviti-aktiviti membersihkanhati. Sulfur yg terkandung dlm makanan ini dpt maningkatkan lg keupayaan membersihkan hati
  11. Cara memasak makan juga turut membantu mengekalkan kesihatan & kebersihan hati. Contohnya, sayur-sayuran yg dikukus, salad sayur, buah-buahan yg tidak dimasak.
  12. Elakkan makan makanan dlm kuantiti yg besar dlm satu masa. Ini akan menyebabkan hati anda berkerja keras utk memproses semua makanan tersebut dlm masa yg singkat. Makanlah dlm jumlah yg sedikit tetapi berulang-ulang.
  13. Kekacang juga membantu memelihara hati. Kandungan kacang yg tinggi dgn asid lemak & protein sgt membantu dlm proses pembersihan hati.
  14. Walaubagaimanapun, elakkan makanan yg mengandungi asid lemak yg tinggi seperti margerine &  shortening kerana ini akan menyebabkan hati berkerja lebih utk memperoses asid lemak ini
  15. Elakkan pengambilan makanan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum tidur utk merehatkan hati & membuatkan hati lebih bersedia utk melakukan aktiviti-aktivitinya pd keesokan harinya.

Cadangan Set: Revitalizing Set
  • DTX Complex
  • NutriFeron
revitalizing set


DTX Complex
  • Menyokong keupayaan normal badan membuat protein yang membantu jana semula sel hati.
  • Mempunyai ciri-ciri antioksidan
  • Membantu mengekalkan aliran hempedu.
NutriFeron
  • Formula berpaten eksklusif yang menyediakan tahap tertinggi bagi perlindungan imun harian.
  • Suppliment yang dicipta oleh penemu interferon - Dr. Yasuhiko Kojima selepas 40 tahun penyelidikan.
  • Mengandungi MACH, satu campuran interferon yang meransang ekstrak tumbuhan (500mg) yang telah dipaternkan.
  • Menyokong dan meransang proses gerak balas imun semulajadi pada tahap selular.
  • Terbukti dengan 4 kajian klinikal terhadap manusia.

Cara Atasi Selsema dan Batuk Bayi Bawah Dua Tahun

Adalah amat merunsingkan, apabila bayi kita menghidap sama ada batuk, selsema ataupun keduanya sekali. Dan adalah lebih parah jika sekali dengan demam. Pada usia bayi yang masih kecil, perhatian yang lebih adalah amat penting untuk kesihatan bayi.

Di sini saya akan kongsikan dengan anda semua petua selsema bayi ini agar sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan selsema bayi anda.
Menurut U.S Food And Drugs Administration (US FDA), ubat-ubatan tidak harus diberikan kepada bayi berusia 2 tahun ke bawah. Ubat-ubatan hanya merawat simptom sakit tetapi tidak merawat punca penyakit.

Bayi yang selsema dan batuk biasanya sedikit sukar bernafas kerana hidung mereka dipenuhi lendir hingus. Oleh itu adalah berbahaya apabila diberikan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor mahupun dibeli di farmasi kerana mengandungi antihisamine(kesan mengantuk). Apabila bayi yang selsema diberikan ubat-ubatan yang mengandungi antihisamine, bayi selsema akan tidur lebih lama dan ini lebih membahayakan bayi tersebut kerana, apabila tidur, kadar pernafasan bayi selsema akan bertambah kurang dan menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya menyebabkan jantung bayi selsema berhenti dan bayi berisiko meninggal dunia.

Walau bagaimanapun,ada beberapa petua yang boleh diambil untuk mengurangkan selsema dan batuk bayi. Ibu-ibu bolehla mencuba petua berikut:-

Petua Selsema dan Batuk Bayi
1. Sapukan batang hidung bayi dengan sedikit ibu kunyit yang telah disagat pada tepi lesung.
    Lakukan sekerap mungkin
2. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan
    menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas-
    ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi
    sedang tidur. Lakukan sekerap mungkin.
3. Elakkan sebarang makanan yang berminyak buat sementara waktu kepada bayi selsema
4. Sediakan sup ayam
5. Sapukan Vikcs Baby Balsam di bahagian dada, belakang dada dan hidungnya jika tidak
    suka guna daun kaduk
6. Sapukan minyak telon selepas mandi dibahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi
    selsema selepas mandi
7. Elak basahkan kepala bayi sewaktu mandi sekiranya bayi selsema
8. Pemakaian topi dapat elakkan ubun-ubun bayi sejuk dan menyebabkan bayi selsema.

Petua Bayi Demam
1. Letakkan tuala kecil yang telah direndam dalam air asam jawa atau bunga raya di dahi, .     
    celah ketiak dan juga pelipat kakinya. Kerap basahkan kembali tuala tersebut.
2. Boleh guna Cool Fever pada dahi
3. Pantau suhu bayi selsema dengan menggunakan termometer. Termometer yang disukat
    pada celah ketiak adalah kedua jitu selepas termometer telinga

Sebagai tambahan, beberapa suplemen Shaklee juga boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang menyusukan anak. Antaranya;


How to make orders:-
✉ Email: umneymeen@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3328987